Kredit foto: Instagram.com/akimahmad

Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim bin Ahmad dilahirkan pada 18 Januari 1991. Kini berusia 27 tahun, Akim adalah seorang penyanyi yang popular di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-7.

Akim berasal dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Mungkin ramai tak tahu beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an, Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an, Mat Mega iaitu pelantun lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu. 

Akim kini aktif bersama bandnya, Akim & The Majistret. Pada tahun 2015, gandingan mereka ternyata membuahkan hasil apabila lagu Potret berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-30. 

Akim menggunakan nama pena Hang Nadim sebagai komposer. Selain itu, Akim juga bergelar pelakon dan model iklan. Beliau bergiat aktif sejak tahun 2009 sehingga kini.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah berkahwin dengan penyanyi Stacy yang juga memeluk Islam. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak bernama Eshaal (1 tahun) . Sementara itu, Stacy juga mengambil seorang anak angkat bernama Bella De’luna Valentine (6 tahun).

Jom lihat beberapa foto Akim sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja.

fotonostalgiaakim1

fotonostalgiaakim2

fotonostalgiaakim3

fotonostalgiaakim4

fotonostalgiaakim5

fotonostalgiaakim6

Sumber berita: Wikipedia Akim

Kredit foto dengan keizinan: myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)