Kredit foto: Instagram Layla Sania

    

Layla Sania Khairuzikri atau nama popularnya, Layla Sania merupakan seorang penyanyi remaja Malaysia yang menampilkan lagu bertajuk Que Sera Sera sebagai single pengenalannya.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Layla Sania binti Khairuzikri .
  • Menggunakan nama pentas, Layla Sania.
  • Berumur 18 tahun.
  • Merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.
  • Mempertaruhkan single sulung berjudul Que Sera Sera.
  • Juga terbabit dalam bidang lakonan, pementasan teater dan ‘voice over’.
  • Pernah membintangi drama Bangkitnya Seorang Perempuan pada 2013 dan telefilem Cucu Tok Aki (2012).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @laylasania sehingga kini mengumpul lebih 30,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mendapat pendidikan di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur.
  • Menceburi bidang seni sejak usia 9 tahun.
  • Mampu mendendangkan lagu berbahasa Mandarin dengan fasih dan berkebolehan menulis senikata dalam bahasa berkenaan.
  • Mengidolakan penyanyi Amy Winehouse dan Duffy yang merupakan rujukannya dalam dunia seni suara.
  • Sering menjayakan pelbagai jenis program nyanyian.
  • Dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian MBP Singing Competition 2018.
  • Kini beliau ligat menerima tawaran persembahan di seluruh negara.

    

Info Lagu Que Sera Sera

  • Que Sera Sera merupakan ungkapan bahasa Sepanyol yang membawa makna "Apa yang akan terjadi, pasti terjadi".
  • Hasil ciptaannya bersama 'Mystictune' atau Khairuzikri iaitu bapanya sendiri.
  • AG Coco bertindak selaku penerbit.
  • Berentak rancak dengan suntikan elemen muzik jazz dan blues yang memberi kelainan daripada trend muzik semasa.
  • Senikata ilham daripada Zazaez yang menggunakan kisah kehidupan peribadi Layla sebagai jalan cerita.
  • Meskipun melodinya rancak, namun liriknya mengetengahkan soal cinta dan perasaan kecewa.
  • Layla menghasilkan lagu ini ketika sedang mengenal erti cinta dan melalui perasaan kecewa.
  • Berharap agar lirik lagu itu dapat dijadikan pesanan peribadinya kepada anak-anak muda yang masih dalam proses mengenal kehidupan.
  • Que Sera Sera diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.
  • Menemui pendengar menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan Apple Music sejak 19 Julai 2019.

     

Foto

layla sania

wikipedia layla sania

layla sania que sera sera

instagram layla sania

profil layla sania

biografi layla sania

bapa layla sania

umur layla sania

Kredit foto: Instagram Layla Sania

    

Video

Kredit video: Layla Sania - Que Sera Sera (Official Lyric Video)

    

Kredit video: Penyanyi Sebenar Atau Penyamar - Layla Sania Binti Khairuzikri | #ICSYVMY

    

Sumber:

1. Layla Sania - Biography

2. Que Sera Sera Taruhan Penyanyi Baru Layla Sania

3. Penyanyi Baru Layla Sania Luah Rasa Kecewa Dalam Lagu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)