Oleh pada 01 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @ntv7malaysia

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) malam ini diteruskan ke minggu yang kelima.

Difahamkan, dalam beberapa episod sahaja, rancangan berkonsepkan format asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M ini telahpun meraih lebih 12 juta tontonan secara digital, malah setiap episodnya menduduki carta trending di laman Youtube.

live streaming dan info rancangan i can see your voice malaysia minggu 5 2

Kredit foto: Instagram @ntv7malaysia

Dihoskan oleh pasangan pengacara Syuk Sahar dan Alvin Chong, bersama tiga penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul.

Malah turut dimeriahkan dengan kemunculan seorang artis jemputan popular setiap minggu bersama dua penyiasat jemputan.

Saksikan ICSYVMY setiap Sabtu (malam ini), jam 8.30 malam di saluran ntv7.

Secara alternatif, anda juga boleh menonton program ini menerusi 'live streaming' di Youtube rasmi ntv7malaysia atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

Untuk lebih info lanjut berkenaan ICSYVMY, lawati laman rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @ntv7malaysia!

Sumber berita: Xtra




Hakcipta iluminasi.com (2017)