Kredit foto: Instagram Stacy Anam

   

Stacy merupakan penyanyi yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya meraih gelaran juara pada musim tersebut.

Sebelum itu, beliau terlebih dahulu mencuba nasib dalam pertandingan One In A Million dan Gang Starz, bagaimanapun percaturannya tidak membuahkan hasil.

   

Biodata

1. Nama asalnya, Stracie Angie Anam, namun dikenali umum sebagai Stacy atau Stacy Anam.

2. Lahir di Kota Kinabalu, Sabah pada 18 Ogos 1990 kepada pasangan Anam Bayar (ayah) dan Agnes Kaloos (ibu).

3. Berasal dari Kampung Tuavon, Penampang, Sabah.

4. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

5. Berusia 29 tahun.

6. Bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael Penampang, namun berhenti sekolah sewaktu di tingkatan empat kerana ingin meringankan bebanan ekonomi keluarga dengan bekerja sebagai penyanyi kelab.

7. Mendapat peluang menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Muzik Dan Seni di Universiti Limkokwing Teknologi Kreatif menerusi biasiswa penuh yang ditawarkan.

8. Mula popular selepas dijulang sebagai juara program realiti TV, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang antara lain melahirkan penyanyi Nubhan, Toi (bekas anggota kumpulan Hyper Act), termasuk pelakon Lufya Omar dan Ika Nabila.

9. Mempunyai tiga buah album studio berjudul Aku Stacy pada 2009, Stay-C (2011) dan #1 (2014) dengan deretan lagu-lagu hits seperti Aku Stacy, Pakai Buang, Gagap, Kasanova, Kisah Dongeng, Pelangi Senja, Bosan, Not For $ale (menampilkan Altimet), Cakap Ke Tangan dan Khayal.

10. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016, selepas beralih daripada agama Kristian kepada Islam pada 25 Ogos 2015, dengan menggunakan nama baharunya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Eshaal, 2, termasuk anak angkat, Bella Deluna, 7.

   

Foto

stacy anam anak

instagram stacy anam

akim ahmad dan stacy

stacy anam 430

eshaal stacy

Kredit foto: Instagram Stacy Anam

   

Video

Kredit video: Stacy Sah Peluk Islam

   

Sumber:

1. Wikipedia Stacy

2. Akim Jadi Suami Stacy Dengan Dua Kali Lafaz

3. Akim Sedih Tidak Dapat Beri Hadiah Hari Jadi Stacy, “Biarlah Dugaan Dan Ujian Datang Mencuba Kita Ni Dijadikan Iktibar”

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)