Oleh pada 15 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @ntv7malaysia

Menggunakan format asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) kian mendapat sambutan hangat.

Dikelola pasangan hos Shuk Sahar dan Alvin Chong, bersama tiga penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul, setiap episod rancangan berkonsepkan pertunjukan permainan muzik televisyen ini turut dimeriahkan dengan kemunculan seorang artis undangan dan dua penyiasat jemputan.

live streaming dan info rancangan i can see your voice malaysia minggu 7 2

Kredit foto: Instagram @ntv7malaysia

Minggu ini tiba giliran penyanyi Hazama selaku tetamu jemputan yang diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan misi mencari penyanyi sebenar berbanding 'penyamar'.

ICSYVMY bersiaran secara langsung di saluran ntv7, setiap Sabtu, jam 8.30 malam.

Boleh juga diikuti secara 'live streaming' di Youtube rasmi ntv7 Malaysia atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

Untuk info lanjut berkenaan ICSYVMY, lawati laman rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @ntv7malaysia!




Hakcipta iluminasi.com (2017)