Kredit foto: Instagram @kupu_kupu

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Nabila Huda binti Suhaimi.

2. Mesra disapa Abil.

3. Bergelar pelakon, hos dan model.

4. Berusia 35 tahun.

5. Lahir pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Anak sulung kepada penyanyi rock terkemuka, Amy Search hasil perkahwinan dengan Faridah Fadzil (ibu Nabila).

7. Empat adik-beradiknya yang lain (berlainan ibu) ialah Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (2003), Sania Samara (2005) dan Qaqa At-Tameemi (2008).

8. Aktif sebagai anak seni sejak 2001 iaitu ketika mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

9. Kemunculannya di layar perak, antaranya menerusi filem Lagi-Lagi Senario, Rock, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Juvana, Munafik, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Rempit Sampai Langit.

10. Di layar kaca, antaranya menerusi drama Impak Maksima The Series, Gerak Khas, Julia, Teduhan Kasih, Ariana Rose, Akulah Balqis, Dendam Aurora, Mr. Hijab, KL Gangster: Underworld dan terkini, Kamar Kamariah.

11. Termasuk telefilem Blok 404, Kem 505, Bisikan Azazil, Saloma: Mencuri Guruh, Kulit, Tercipta Untukku, Dan... Aku Jatuh Cinta dan banyak lagi.

12. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program 'Awak Kat Mana' siaran Astro Ria pada 2015.

13. Pernah merakamkan single berjudul X-Ray pada 2009.

14. Penampilannya antara yang diingati ramai menerusi video muzik Ragaman nyanyian Faizal Tahir pada 2008.

15. Merangkul trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016, Gandingan Serasi Filem (bersama Syamsul Yusof) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30.

16. Mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani pada 2008 sebelum dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kesha Laila pada 2009. Bagaimanapun ikatan suami isteri itu berakhir pada 2011.

17. Pada 25 Disember 2015, beliau menamatkan zaman jandanya dengan seorang tauke kafe hipster bernama Mohd Izwan Johar.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kamar Kamariah (TV3)

    

Foto

biodata nabila huda pelakon drama kamar kamariah 2

biodata nabila huda pelakon drama kamar kamariah 3

biodata nabila huda pelakon drama kamar kamariah 4

biodata nabila huda pelakon drama kamar kamariah 5

biodata nabila huda pelakon drama kamar kamariah 6

Kredit foto: Instagram @kupu_kupu

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. The Rakyat Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)