Oleh pada 08 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

I Can See Your Voice Malaysia musim kelima (ICSYVM5) merupakan sebuah rancangan hiburan bercorak muzik misteri yang diadaptasi daripada sebuah program popular Korea Selatan berjudul sama.

Sejak episod pengenalan, ICSYVMY telah menjadi bahan bualan hingga berjaya mencecah rating tinggi hampir 3 juta tontonan di setiap episod.

i can see your voice malaysia musim 5

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Ujibakat

Pencarian peserta ICSYVMY 5 membuka ruang kepada mana-mana warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang mempunyai bakat dan personaliti menarik bagi mengambil peranan sebagai penyanyi, mahupun penyamar dalam program ini.

Calon peserta dikehendaki menghantar rakaman video nyanyian secara acapella, tanpa iringan muzik atau ‘minus one’, bersama borang penyertaan ke laman web rasmi www.xtra.com.my/icsyvmy dari tarikh 25 hingga 28 Februari 2022, yang mana mereka yang disenarai pendek dihubungi pihak produksi untuk menghadiri sesi saringan berikutnya.

Musim ketiga menyaksikan seramai 3000 orang menyertai sesi uji bakat, manakala 10,000 penyertaan dilaporkan pada sesi pencarian musim keempat yang dilakukan secara dalam talian.

Format Program

Artis jemputan setiap episod akan menerima kehadiran 6 orang penyanyi misteri di atas pentas.

Beliau ditugaskan untuk menyingkirkan para penyamar yang berada dalam kalangan penyanyi sebenar, namun cabarannya adalah dia tidak boleh mendengar suara penyanyi tersebut.

Kesemua empat pusingan perlu dilalui oleh artis jemputan ini dalam usaha meneka dengan tepat siapakah para penyamar yang cuba mengaburi mata beliau. Penyamar melakonkan watak seolah-olah seperti seorang penyanyi sebenar!

Artis jemputan tidak keseorangan kerana turut mendapat bantuan daripada barisan panel penyiasat.

i can see your voice malaysia season 5

Kredit foto: Instagram Izzue Islam

Pengacara

Tugasan mengacara musim ini disandang oleh pasangan hos yang juga pelakon terkenal yang tidak asing lagi iaitu Izzue Islam dan Ain Edruce.

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang

Penampilan panel penyiasat baharu bakal menggamatkan siaran episod mingguan. Mereka yang menduduki peranan 'Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang' dalam melaksanakan tugas panel penyiasat tetap musim ini ialah Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick.

Manakala bagi 'ahli panel penyiasat jemputan' pula menggunakan khidmat selebriti undangan yang berlainan setiap minggu.

i can see your voice malaysia 2022

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

Senarai Penyanyi / Juri Jemputan

Episod / Minggu 1 - Naim Daniel, Tajul Ariff

Episod / Minggu 2 - Nabila Razali, MK K-Clique

Episod / Minggu 3 - Zizi Kirana

Episod / Minggu 4 - Kumpulan Dolla

Episod / Minggu 5 - Misha Omar, Ella

Episod / Minggu 6 - Zamani Slam

Episod / Minggu 7 - Haqiem Rusli, Afieq Shazwan

Episod / Minggu 8 - Shila Amzah, SOG (Sekumpulan Orang Gila)

Episod / Minggu 9 - Iman Troye

Episod / Minggu 10 - Azlan Typewriter, Tam Spider

Episod / Minggu 11 - Janna Nick

Episod / Minggu 12 (Akhir) - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Baca: Info Penuh Program Mystery Ranking Show Malaysia (Astro Warna) 2022

    

Waktu Tayangan

13 episod ICSYVMY5 mengisi slot pukul 9 malam di saluran TV3 bermula 8 Mei 2022 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Episod pertama adalah siaran istimewa edisi Raya yang menampilkan Naim Daniel dan Tajul sebagai artis jemputan, di samping penyiasat jemputan yang diwakili oleh Zulin Aziz, Shiha Zikir dan Kilafairy.

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menonton di kaca TV, anda masih boleh mengikutinya menerusi portal online, Tonton.

Kredit video: [LIVE] I Can See Your Voice Malaysia (Musim 5) Minggu 1 Bersama Naim Daniel & Tajul

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)