Biodata

Nama penuh: Ismail Izzani bin Zainal Nazeri

Nama pentas: Ismail Izzani

Tarikh lahir: 13 April 2000

Umur: 18 tahun

Asal: Ampang, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, komposer dan pelakon

Media sosial: Instagram @ismailizzani_

Fakta Menarik

1. Anak kepada penyanyi popular era 1980-an, Datin Suliza Salam.

2. Di rumah, nama panggilannya ialah Zani, walaupun di kalangan peminat dikenali sebagai Mail. 

3. Ismail yang meminati bidang seni sejak darjah lima, menggunakan medium pertandingan peringkat sekolah sebagai ruang untuk mengasah bakat, di samping aktif menganggotai kumpulan nasyid.

4. Mendapatkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Budi, Gombak, Selangor.

5. Hanya bila memasuki sekolah menengah sahaja, Ismail mula berjinak-jinak dalam nyanyian solo tanpa pengetahuan ibunya.

6. Mula mewujudkan laman sosial Instagram sejak tingkatan tiga.

7. Apabila mengetahui Ismail sukakan bidang nyanyian, ibunya mencadangkan agar beliau mencipta lagu sendiri. Susulan itu, Ismail mula mencurahkan ilham pada lagu pertama ciptaannya berjudul Mamaku yang dibuat bersempena Hari Ibu.

8. Mula mendapat perhatian umum menerusi laman Youtube.

9. Mencipta nama sejak usia 17 tahun.

10. Single pertamanya, Sabar ciptaan beliau sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn membuka mata ramai akan bakat yang dimilikinya.

11. Mula mengikuti pembelajaran secara 'home schooling' (belajar dari rumah) sejak pertengahan tahun 2016 untuk memastikan jadual karier dan pengajian tidak bertembung.

12. Selepas Sabar, Ismail turut terbit dengan beberapa single lain yang tidak terkecuali mendapat sambutan hangat iaitu Demi Kita, Luar Biasa (feat. Alif), Bidadari dan Save Me.

13. Meskipun masih hijau dalam industri hiburan, namun beliau telahpun menerima pencalonan menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata ismail izzani penyanyi lagu bidadari 2

biodata ismail izzani penyanyi lagu bidadari 3

biodata ismail izzani penyanyi lagu bidadari 4

biodata ismail izzani penyanyi lagu bidadari 5

biodata ismail izzani penyanyi lagu bidadari 6

Video

Kredit

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo

4. Instagram Ismail Izzani




Hakcipta iluminasi.com (2017)