Oleh pada 04 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Cuckoo Malaysia

Big Stage 2022 merupakan sebuah rancangan realiti nyanyian yang mengangkat bakat-bakat penyanyi generasi baharu atau dipanggil dengan jolokan nama 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).

Pertandingan berskala besar yang memasuki musim keempat ini menampilkan penyertaan generasi BBNU di peringkat serumpun yang mana turut melibatkan peserta dari negara Indonesia dan Brunei.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi dinobatkan juara dalam penganjuran musim pertama (2018), diikuti bintang Korea Selatan, Han Byul sebagai juara musim kedua (2019). Seterusnya Azzam Sham ditabalkan sebagai pemenang edisi ketiga (2020).

peserta big stage 415

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsep

Bakat nyanyian bintang muda yang sebelum ini meledak di alam maya khususnya platform digital, dibawakan ke sebuah pentas gah dan komersial secara ‘live’ menerusi pertandingan yang berkonsepkan realiti TV nyanyian.

Peserta

Edisi keempat ini bakal memperlihatkan persaingan kompetitif antara 12 bintang muda dari dalam dan luar negara.

Tiga negara serumpun yang berkenaan ialah Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Tujuh penyanyi lelaki yang tersenarai termasuklah Tuah Adzmi, Megat Rahim, Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Ajoi Zainal, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Iqbal Zulkefli.

Pesaing penyanyi wanita pula terdiri daripada lima nama hangat masa kini iaitu Lia Aziz, Aisha Retno, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) dan Yazmin Aziz.

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

    

big stage 708

Kredit foto: Instagram Ajai

Juri

Juri profesional yang mengadili persaingan konsert mingguan terdiri daripada juri tetap yang dibarisi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama komposer terkenal, Ajai.

Format Penjurian

Big Stage 2022 masih menggunakan format penjurian sebelumnya yang mana terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan panel juri profesional dan undian peminat secara dalam talian.

Bahagian pertama memperlihatkan 100% keputusan pemarkahan ditentukan oleh panel juri yang akan mengadili berdasarkan kualiti persembahan mingguan ditampilkan peserta.

Namun untuk tiga bintang dengan markah tercorot akan melalui penjurian bahagian kedua yang melibatkan undian online penonton.

   

Bagi menekankan ketelusan dalam aspek penjurian, proses pemberian markah buat pertama kalinya dilakukan secara langsung atau ‘live marking’ yang membolehkan penonton melihat sendiri pemarkahan juri menerusi skrin LED.

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Hadiah

Juara Big Stage Musim 4 akan menerima habuan wang tunai berjumlah RM100,000.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih RM50,000 dan RM25,000.

Manakala pemenang kedudukan keempat, kelima dan keenam bakal menerima hadiah wang tunai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000.

Kesemua finalis akhir ini juga dikurniakan trofi sumbangan Astro.

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 1

peserta big stage 2022 389

Kredit foto: Instagram Angelica Paujin

Penaja

Penerbitan Big Stage 2022 menggunakan khidmat CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama.

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Portal Gempak dan aplikasi SYOK menyertai sebagai Rakan Digital, selain disokong ERA yang hadir sebagai Radio Rasmi.

Tempoh Siaran

Edisi keempat ini bakal mengambil slot siaran selama lapan minggu berturut-turut.

Pengacara

Pasangan Alif Satar dan Sherry Al Hadad ditugaskan merancakkan pentas utama sebagai pengendali program konsert.

Menerusi Gempak TV, Isha Norsham memainkan peranan selaku hos rancangan kapsul Studio Big Stage.

Big Stage Live Plus yang mengambil tempat di platform digital disiarkan secara serentak sewaktu konsert mingguan dengan kehadiran personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios sebagai gandingan hos.

konsert big stage 2022 minggu

Kredit foto: Instagram Alif Satar

Waktu Siaran

Big Stage 2022 akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke kaca TV anda menerusi saluran Astro Ria (CH 104) bermula 6 Februari 2022 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Strim di aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk tontonan online sebagai pilihan alternatif.

    

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)