Kredit foto: Instagram Yazmin Aziz

Siapa Yazmin Aziz? Pemilik nama penuh Yazmin Aldwin Abdul Aziz ini adalah antara peserta yang terbabit dalam program realiti, Big Stage Musim 4.

Lagi 11 pesaing edisi 2022 pertandingan nyanyian itu termasuklah Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Syafiq Abdilah (Brunei), Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Megat Rahim, Tuah Adzmi, Iqbal Zulkefli, Ajoi Zainal, Lia Aziz dan Elica Paujin.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Biodata

Nama sebenar: Yazmin Aldwin binti Abdul Aziz

Nama pentas: Yazmin Aziz

Umur: 21 tahun (2022)

Tarikh lahir: 10 September 2001

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Asal: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Keluarga: Anak pertama daripada tiga adik beradik

Pendidikan: Sekolah Menengah Sri Hartamas Kuala Lumpur, Universiti HELP (jurusan Komunikasi Massa / Pengajian Media)

Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penulis lagu, personaliti TikTok

Instagram (IG): @yazmin.aziz

Latar Belakang

1. Berdarah kacukan Malaysia dan Filipina.

2. Ibunya berbangsa Melayu, manakala bapa dan bapa tirinya berasal dari Filipina.

3. Diikuti 89,400 pengikut di Instagram

4. Pernah menetap di United Kingdom (UK) kerana mengikut bapa tirinya yang bekerja di sana, selain tinggal di Filipina selama lima tahun.

5. Meminati bidang nyanyian, lakonan dan tarian.

6. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Tagalog.

7. Berkebolehan bermain piano dan gitar.

8. Popular dengan lagu hits seperti Lihatlah, Heart & Soul, Cold Rainy Days dan Soul Connection.

9. Meletakkan Lady Gaga dan Vince Chong (juara Akademi Fantasia) sebagai inspirasi dalam dunia muzik.

10. Mendedahkan dirinya pernah dibuli di sekolah rendah secara fizikal gara-gara tidak fasih berbahasa Malaysia.

   

Fakta Menarik

1. Meminati dunia seni suara sejak zaman kecil dan menulis lagu sejak usia 12 tahun.

2. Memasuki dunia hiburan pada tahun 2017.

3. Namanya meledak di media sosial menerusi lagu cover 'Sakit' rakaman asal oleh Yonnyboii dan Zynakal yang meraih ratusan ribu tontonan di aplikasi TikTok.

4. Pernah bergelar peserta program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3 pada tahun 2020, berpasangan dengan Syahmi Irfan.

5. Dirinya yang sering berkongsi video sketsa komedi sambil mengajar bahasa Tagalog menyebabkan akaun Tiktoknya diikuti ramai pengikut dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

6. Terkenal dengan gelaran 'bestfriend' sebagai watak di platform berkenaan.

Pencapaian

1. Naib juara pertandingan Maybank Talent 2012.

2. Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv.

3. Pemenang pingat emas kategori junior di Malaysian Championship of Performing Arts 2017.

4. 6 Peserta Terbaik Global Pinoy Singing Idol (Filipina) 2018.

5. Pemegang pingat perak (Anugerah Khas - Anugerah Penghargaan Industri) di World Championship of Performing Art (WCOPA) 2017, California, Amerika Syarikat.

6. Pemenang pingat perak di World Championship of Performing Art (WCOPA) 2020.

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Gambar

yazmin aziz facebook

umur yazmin aziz

yazmin aziz agama

yazmin aziz 996

yazmin aziz instagram

big stage 2022 887

big stage 514

yazmin aziz family background

Di samping neneknya

peserta big stage 2022 653

peserta big stage 9

lagu yazmin aziz

Kredit foto: Instagram Yazmin Aziz

   

Video

Kredit video: Yazmin Aziz - Lihatlah (Official Music Video)

Sumber:

1. Ibu Melayu, bapa Filipina! Gadis kacukan anggap diri unik walau pernah dibuli, kini tambat hati warga TikTok - “Ada satu video mak kurang berkenan”

2. "Dulu Saya Ditertawakan, Kini..." - Yazmin Aziz Kongsi Perasaan Menerusi Single Pertama

3. Bakat nyanyian bawa gadis kacukan Malaysia-Filipina ke peringkat dunia, tapi kenapa ada yang tak puas hati? - "Saya masih orang Malaysia"

4. Yazmin dibuli tidak fasih berbahasa Melayu




Hakcipta iluminasi.com (2017)