Kredit foto: Instagram Aisha Retno

    

Siapa Aisha Retno? Sharifah Aisha Retno yang lebih dikenali umum sebagai Aisha Retno merupakan seorang penyanyi wanita remaja Malaysia.

Beliau meledak menerusi single pengenalan yang berjudul Mengikat Jiwa.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno.
  • Menggunakan nama pentas, Aisha Retno.
  • Lahir pada 1 Ogos 2000.
  • Berumur 22 tahun (2022).
  • Berdarah kacukan Indonesia dan Malaysia.
  • Mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya.
  • Berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi yang bernaung di bawah label syarikat rakaman Sony Music Malaysia.
  • Mempertaruhkan genre muzik R&B dan soul.
  • Merakamkan lagu Mengikat Jiwa (single pertama) dan Terima Kasih (menampilkan Yuka Kharisma).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aisharetno02 mempunyai lebih 11,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Ibunya, Jean Retno Aryani yang berasal dari Indonesia merupakan bekas penyanyi era 1980-an seangkatan dengan penyanyi lagenda, Hetty Koes Endang.
  • Mengidolakan penyanyi antarabangsa, Ariana Grande, Mariah Carey dan Whitney Houston, selain ibunya sendiri.
  • Mendapat tunjuk ajar nyanyian daripada ibunya yang juga berkemampuan mengajar seni vokal.
  • Mula menyanyi sejak umur lima tahun.
  • Gemar menyertai pertandingan nyanyian sewaktu di bangku sekolah.
  • Asalnya lebih menjurus ke arah genre nasyid ketika sekolah rendah, sebelum memegang takhta juara pertandingan puisi dan lagu sewaktu menuntut di tingkatan tiga.
  • Antara lain, beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan sebagai wakil Kuala Lumpur sewaktu tingkatan empat dan meraih tangga kedua.
  • Antara acara nyanyian yang pernah dijayakannya termasuk Festival Perancis di The Square, Publika, showcase kumpulan terkenal CNCO (sebagai artis pembukaan), acara muzikal RIUH dan banyak lagi.
  • Lagu Mengikat Jiwa nyanyiannya yang menjalani sesi rakaman di Indonesia, merupakan ciptaan Aldi Nada Permana yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu daripada deretan penyanyi popular seperti Afgan, Jaz Hayat, Andmesh dan ramai lagi.
  • Pada 2020, beliau menjuarai kategori Rookie di program realiti nyanyian, Vokal Mania musim pertama terbitan TV3.

        

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aisha Retno Yang Ramai Tak Tahu!

       

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh Big Stage 2022, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

   

Foto

siapa aisha retno

aisha retno

instagram aisha retno

umur aisha retno

wikipedia aisha retno 194

aisha retno mengikat jiwa

lagu aisha retno

aisha retno profile

aisha retno dulu

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

   

Video

Kredit video: Aisha Retno - Mengikat Jiwa (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Tampil Dengan Single Sulung, Aisha Retno Ingin 'Mengikat Jiwa

2. Ibu guru vokal

3. Mesej universal 'Terima Kasih'

4. Aisha Retno & Yuka Kharisma Dedikasi Lagu Penghargaan Buat Frontliners!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)