Oleh pada 25 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert akhir Big Stage 2022 menampilkan lima penyanyi muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) berentap dalam usaha merebut takhta juara.

Finalis musim keempat ini dibarisi oleh penyanyi Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer dan Elica Paujin.

Peringkat akhir menuntut mereka untuk menyempurnakan dua buah persembahan lagu tugasan iaitu lagu solo dan lagu duet (bersama artis jemputan) menerusi tema 'Ultimatum Solo' dan 'Ultimatum Duet'.

Berikut adalah lagu-lagu pertaruhan para finalis:-

big stage 242

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 Minggu 8 (Final Musim 4)

Tema: Ultimatum Solo

1. Aisha Retno - Fallin' (Alicia Keys)

2. Elica Paujin - Cinta (Marsha Milan)

3. Danial Chuer - Hilang Naluri (Once)

4. Tegar Septian - It's Only Me (Kaleb J)

5. Yazmin Aziz - Seksis (Anita Sarawak)

Tema: Ultimatum Duet

1. Danial Chuer & Shila Amzah - Still Love You (Lee Hong Gi, Yoo Hwe Seung)

2. Aisha Retno & Jaclyn Victor - Semua Jadi Satu (3 Diva)

3. Elica Paujin & Hael Husaini - Believer (Imagine Dragons)

4. Yazmin Aziz & Syamel - Pawana (Search)

5. Tegar Septian & Sufi Rashid - Ada Gajah Dibalik Batu (Wali Band)

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Final Big Stage 2022 (Akhir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 7

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai dilantik sebagai juri profesional tetap untuk edisi ini.

Manakala pasangan Alif Satar dan Sherry Alhadad pula ditampilkan sebagai pengacara yang mengemudikan pentas pertandingan yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Konsert Big Stage 2022 memulakan siaran sejak 6 Februari lalu di kaca saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Secara alternatif, program realiti ini boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi diangkat sebagai juara penganjuran musim pertama (2018), diikuti bintang Korea Selatan, Han Byul sebagai pemenang edisi kedua (2019).

Musim ketiga (2020) menyaksikan kejuaraan penyanyi tempatan, Azzam Sham.

Kredit video: Konsert Big Stage Live + Minggu 7 Separuh Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)