Oleh pada 07 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert Big Stage 2022 minggu pertama meletakkan penyanyi Aisha Retno di kedudukan pertama menerusi perolehan markah sebanyak 84.40%.

Aisha beraksi menerusi lagu berjudul Teman rakaman asal oleh Iman Troye dalam pertandingan realiti televisyen yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Konsert perdana Big Stage musim keempat itu juga menyaksikan kemunculan sulung 11 lagi peserta iaitu Lia Aziz, Tegar Septian (Indonesia), Elica Paujin, Danial Chuer, Yazmin Aziz, Syafiq Abdilah (Brunei), Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Iqbal Zulkefli dan Megat Rahim.

Sementara itu, Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai peserta ke-12 yang sebelum ini dirahsiakan identitinya.

Manakala penyanyi Megat Rahim pula tidak dapat hadir berikutan berdepan masalah kesihatan.

Bintang-bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) ini diadili oleh juri profesional tetap yang dibarisi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Kerusi juri undangan pula diduduki oleh Aliff Aziz (juri juara) dan Mas Idayu (juri pedas), di samping usahawan kosmetik Dato Seri Vida yang bertindak sebagai 'presiden netizen'.

Berikut dikongsikan senarai markah diperoleh hasil penilaian daripada pihak juri:-

big stage 2022 166

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Pertama

1. Aisha Retno (Teman) - 84.40%

2. Danial Chuer (Belum Siap Kehilangan) - 71.00%

3. Yazmin Aziz (Sakit) - 65.80%

4. Tegar Septian (Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang) - 60.20%

5. Elica Paujin (Samar Bayangan) - 58.40%

6. Lia Aziz (Kucu Kuca) - 54.20%

7. Sofiaa Marieylla Jerung Merah (Akulah Jerung Merah) - 54.20%

8. Ajoi Zainal (Cinta Ini Membunuhku) - 48.60%

9. Tuah Adzmi (Insan Kau Cinta) - 44.80%

10. Syafiq Abdilah (Bukan Cinta Biasa) - 38.60%

11. Iqbal Zulkefli (Biarlah Bulan Bicara) - 28.80%

12. Megat Rahim (Sudahlah) - 0%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 1

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Konsert Big Stage 2022 yang diacarakan hos Alif Satar dan Sherry Al Hadad merupakan sebuah program saluran Astro Ria (CH 104) yang disiarkan secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022.

Tontonan secara online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai pilihan allternatif.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)