ahmad iqbal zulkefli biodata

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Siapa Ahmad Iqbal Zulkefli? Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA dan berpengalaman sebagai pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selama empat tahun.
  
Beliau menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas mendakwa hubungannya dengan Vida pernah melalui fasa percintaan hingga hampir mendirikan rumah tangga, beberapa tahun lalu.
  

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Ahmad Iqbal Zulkefli
Nama panggilan: Iba, Iqbal
Umur: 27 tahun (2021)
Tarikh lahir: 12 September 1994
Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan (Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Kelulusan: Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lapan orang adik beradik
Instagram (IG): @ahmadiqbalzulkefli
  

Fakta Menarik

iqbal vida  

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Iqbal pernah menjalin kerjasama dengan lebih 15 buah syarikat sebelum bekerja sebagai pembantu peribadi Vida. Dakwanya, sebelum tamat belajar dia ditawarkan dengan lima peluang pekerjaan dengan gaji berjumlah RM5000 ke atas!
   
ahmad iqbal zulkefli

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Mula berkenalan dengan Vida selepas merangkul kemenangan dalam pertandingan video kreatif anjuran usahawan itu. Dia kemudian ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Peribadi dan Pegawai Media kepada Vida.
  
dato vida 34

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Kelibatnya mula sampai ke mata awam selepas gambar-gambarnya di sisi Vida menjadi tular di alam maya.
  
Empat tahun bergelar pembantu peribadi kepada usahawan sensasi itu, Iqbal kini aktif menjadi ahli perniagaan yang mengemudikan syarikat IBA Revolution Sdn Bhd.
  
iqbal dato vida

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Memulakan bisnes sendiri dengan bermodalkan RM500, Iqbal dikenali menerusi penghasilan dua jenama produk iaitu Iba Skin Care dan Iba Perfumes.
  
cik b 836

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  
Sisi lain, Iqbal berhasrat melihat potensinya dalam dunia perfileman menyinar menerusi kerjaya sebagai seorang pengarah, jika mendapat peluang suatu hari nanti.
  
Di waktu lapang, dia mempunyai hobi yang berkaitan dengan gajet, media dan teknologi, selain gemar membaca dan bermain dengan kucing serta kanak-kanak.
  
  

Gambar

ahmad iqbal
keluarga ahmad iqbal zulkefli
iqbal zulkifli
ahmad iqbal zulkefli umur
ahmad iqbal zulkefli ig

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

  

Video

Kredit video: LAWAKLA SEMBANG DALAM KAIN.. SEKIAN LAMA SY TAK GELAK HEPI MCM GINI

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)