Oleh pada 12 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Big Stage 2022 membuka ruang kepada para peminat program ini bagi mengundi peserta pilihan.

Penonton hanya perlu melayari laman sesawang voting.astro.com.my/big-stage atau dapatkan aplikasi Syok dengan memuat turun di Google Play atau App Store.

Boleh juga imbas kod QR yang dipaparkan di kaca televisyen ketika giliran peserta membuat persembahan.

Sebelum mengundi, pastikan log masuk dahulu dengan akaun Astro atau Facebook anda.

Secara automatik, anda bakal dibekalkan dengan 20 kredit bagi membuat undian ketika konsert mingguan bersiaran.

Penonton boleh mengundi dengan kadar undian maksimum sebanyak 5 kredit bagi setiap peserta.

Manakala kredit yang tidak digunakan pada minggu berkenaan akan dihapuskan dan tidak boleh dibawa ke minggu hadapan.

Bagaimanapun bagi minggu seterusnya, pengundi akan dibekalkan kembali dengan 20 kredit undian baharu.

Untuk rekod, kesemua 12 peserta Big Stage yang berada dalam senarai musim 4 ini ialah penyanyi Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Iqbal Zulkefli, Syafiq Abdilah (Brunei), Yazmin Aziz, Tuah Adzmi, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Megat Rahim, Elica Paujin, Lia Aziz dan Ajoi Zainal.

Penonton disarankan untuk mengundi berdasarkan bakat peserta dan kualiti persembahan yang ditampilkan.

Undian anda dapat menyelamatkan peserta pilihan daripada tersingkir, sekiranya mereka tersenarai sebagai antara bintang 'Bottom Three' iaitu tiga peserta dengan markah terendah daripada juri profesional.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

big stage 339

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)