Kredit foto: Instagram Lia Aziz

Siapa Lia Aziz? Selebriti dengan nama sebenar, Nur Aliah Faizana Abdul Aziz ini merupakan seorang penyanyi remaja wanita Malaysia yang mula menempa nama di medium laman sosial.

Beliau kini meledak menerusi lagu yang berjudul Kucu Kuca dan Pergilah Derita, nyanyian bersama Asfan Shah.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama penuh, Nur Aliah Faizana Abdul Aziz.
  • Dikenali dengan nama pentas, Lia Aziz.
  • Berumur 18 tahun (2021).
  • Lahir pada 27 Januari 2003.
  • Mempertaruhkan single sulung berjudul Kucu Kuca yang merupakan lagu runut bunyi (OST) drama berepisod, Rindu Awak Separuh Nyawa siaran saluran Astro Ria.
  • Single keduanya yang berjudul Pergilah Derita (duet bersama Asfan Shah) dipilih sebagai OST drama bersiri Cukup Derita Itu yang ke udara di TV3.
  • Menerusi bidang lakonan, beliau antara pelakon yang membintangi siri Rusa After Class, ditayangkan di YouTube Rusa Music dan FB Hotlink dengan digandingkan bersama penyanyi remaja seangkatannya seperti Azzam Sham, Aidilia Hilda, Reedzwann, Haikal Farid, Beby Achaa, Sheryl Shazwanie, Syafeek Ikhwan dan ramai lagi.
  • Pengguna akaun Instagram (IG), @liaaa.aziz yang mempunyai lebih 138,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Gemar merakamkan lagu-lagu cover di Instagram sebelum ditawarkan kontrak rakaman oleh syarikat Rusa Music.
  • Video lagu cover nyanyiannya yang paling mendapat sambutan adalah 'Empat Dara'.
  • Beliau akui pada mulanya kurang berkeyakinan diri untuk bergelar penyanyi kerana tidak mempunyai banyak pengalaman atas faktor usia yang masih mentah. Namun hasratnya itu diteruskan juga atas sokongan penuh keluarga khususnya kedua ibu bapanya.
  • Meminati genre muzik balada dan R&B.
  • Lagu Kucu Kuca dendangannya yang mengetengahkan genre Pop merupakan ciptaan dan tulisan lirik oleh Ejai Aziz (vokalis Azzara Band).
  • Menjadikan penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai idola dalam bidang seni suara kerana kelebihan kedua-duanya yang bukan sahaja mampu menyanyi, malah mengetahui ilmu muzik dan boleh mengajar vokal.
  • Mengutamakan pelajaran serta berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti / kolej.
  • Kini sedang menantikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh Big Stage 2022, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Baca: 12 Fakta Penyanyi Lia Aziz Yang Ramai Tak Tahu!

   

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

   

Gambar

lia aziz

lia aziz kucu kuca

lia aziz instagram

kucu kuca

adik beradik lia aziz

lia aziz umur

lia aziz wikipedia

ost cukup derita itu

lagu lia aziz

Kredit foto: Instagram Lia Aziz

Video

Kredit video: (OST Rindu Awak Separuh Nyawa) Lia Aziz - Kucu Kuca [Official Music Video]

Sumber:

1. Tuah Lia menyanyi di Instagram

2. Takut salah cakap… penyanyi baharu Lia Aziz fikir dulu sebelum kongsi di media sosial - “Komen dalam hati saja, jadi artis kena lebih berjaga-jaga”




Hakcipta iluminasi.com (2017)