Kredit foto: Instagram Sofiaa Marieylla (Jerung Merah)

Siapa Sofiaa Marieylla (Jerung Merah)? Pemilik nama penuh Wan Siti Mariam Wan Mahyudin ini merupakan antara 12 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam rancangan realiti, Big Stage Musim 4.

Pertandingan nyanyian menerusi edisi 2022 itu turut sama menampilkan penyanyi Lia Aziz, Danial Chuer, Tegar Septian (Indonesia), Aisha Retno, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), Ajoi Zainal, Yazmin Aziz, Megat Rahim dan Iqbal Zulkefli.

    

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Biodata

Nama sebenar: Wan Siti Mariam Wan Mahyudin

Nama pentas: Sofiaa Marieylla

Umur: 24 tahun (2022)

Asal: Kuala Terengganu

Tempat lahir: Dungun, Terengganu

Status: Berkahwin

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @sofiaamarieylla

Latar Belakang

1. Juga terkenal dengan nama panggilan Mummy Jerung dan Mummy Jerung Merah.

2. Mula viral sebagai ketua sebuah kumpulan wanita yang dikenali sebagai Skuad Jerung Merah (SJM). Team ini mencipta sensasi di media sosial khususnya aplikasi TikTok menerusi penghasilan video berbentuk komedi disampaikan dalam dialek Pantai Timur.

3. Popular dengan ayat berbunyi 'beri laluan, beri laluan jerung merah nak lalu ni boss'.

4. Tagline Skuad Jerung Merah adalah gimik untuk memasarkan perniagaan produknya di laman sosial.

5. Populariti membawa beliau dilamar menjadi penyanyi rakaman di bawah syarikat Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan anak syarikat Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

6. Bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2021.

7. Merupakan pejuang lagu-lagu bergenre dangdut dan rancak.

8. Melahirkan lagu pengenalan bertajuk Akulah Jerung Merah yang dicipta oleh komposer Hadi Rumnan, manakala lirik daripada Ajim Maze.

Fakta Menarik

1. Merupakan pengusaha perniagaan produk kosmetik.

2. Menggilap bakat nyanyian sejak zaman sekolah dengan penglibatan menerusi persembahan di sekitar negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Antara pembabitannya termasuklah dalam nyanyian berkonsepkan dikir barat.

3. Sesi rakaman lagu dan pembikinan video muzik single Akulah Jerung Merah hanya memakan masa beberapa hari sahaja!

4. Netizen menyamakan vokalnya dengan penyanyi Baby Shima.

5. Ingin mencabar keupayaan diri di Big Stage menerusi pembawaan lagu-lagu di luar zon selesa seperti genre rock dan irama Malaysia.

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

   

Gambar

jerung merah ni boss   

big stage 2022 760

peserta big stage 2022 525

sofiaa marieylla

sofiaa marieylla kahwin

sofiaa marieylla tiktok

sofiaa marieylla jerung merah 711

jerung merah

peserta big stage 238

sofiaa marieylla umur

big stage 973

Kredit foto: Instagram Sofiaa Marieylla (Jerung Merah)

Video

Kredit video: Sofiaa Marieylla - Akulah Jerung Merah [Official Music Video]

Sumber:

1. Mummy Jerung bergelar penyanyi

2. Bangkit dari kecaman

3. “Confident Ni Takda Jual Kat…” - Mummy Jerung Merah Beri Sebab Why Dia Yakin Masuk Big Stage 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)