Oleh pada 05 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penampilan sulung 12 bintang Big Stage 2022 bakal membuka gelanggang pertandingan dalam musim keempat yang berlangsung pada Ahad ini.

Episod pertama konsert program realiti itu bakal menyaksikan bintang-bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) tersebut mempersembahkan lagu-lagu yang telah melonjakkan nama mereka di platform media sosial, sama ada lagu yang dirakamkan oleh mereka sendiri ataupun lagu cover.

Minggu pertama menampilkan penyertaan kesemua peserta Big Stage 2022 iaitu Lia Aziz, Tegar Septian (Indonesia), Aisha Retno, Danial Chuer, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Syafiq Abdilah (Brunei), Yazmin Aziz, Tuah Adzmi, Elica Paujin, Megat Rahim, Ajoi Zainal dan Iqbal Zulkefli.

Berikut adalah lagu-lagu tugasan yang akan dipentaskan mereka secara live buat pertama kalinya di konsert.

peserta big stage 2022 256

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Pertama

1. Aisha Retno - Teman (Iman Troye)

2. Lia Aziz - Kucu Kuca (Lia Aziz)

3. Tuah Adzmi - Insan Kau Cinta (Tuah Adzmi)

4. Yazmin Aziz - Sakit (Yonnyboii ft Zynakal)

5. Elica Paujin - Samar Bayangan (Nicky Astria)

6. Danial Chuer - Belum Siap Kehilangan (Stevan Pasaribu)

7. Megat Rahim - Sudahlah (Megat Rahim)

8. Ajoi Zainal - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv)

9. Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) - Akulah Jerung Merah (Sofiaa Marieylla)

10. Tegar Septian - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang (Tegar Septian)

11. Syafiq Abdilah - Bukan Cinta Biasa (Afgan)

12. Iqbal Zulkefli - Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika)

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 1

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 2

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

   

Menampilkan Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pengacara, Big Stage 2022 menggunakan khidmat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer Ajai sebagai juri tetap yang bertanggungjawab mengadili dan mengkritik persembahan peserta.

Konsert Big Stage 2022 dibawakan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, bermula 6 Februari 2022.

Tonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai kandungan online untuk pilihan yang lebih fleksibel.

    

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)