Oleh pada 07 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Minggu kelima Big Stage 2022 menggagalkan usaha penyanyi Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah) untuk mara ke konsert berikutnya.

Sofiaa dalam konsert yang mengangkat lagu-lagu Siti Nurhaliza menerusi tema 'This Is Siti Nurhaliza' itu, tersingkir selepas mendendangkan lagu Ku Mahu bersama pungutan markah sebanyak 47.00%.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi antara lain menyaksikan penyanyi Elica Paujin mengungguli persaingan dengan markah 92.20%.

Elica cemerlang mempersembahkan lagu tugasannya yang berjudul Ku Milikmu.

Pentas program realiti yang mempertaruhkan bakat penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) itu juga membawakan penyanyi Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer, Syafiq Abdilah (Brunei), Megat Rahim dan Ajoi Zainal sebagai barisan peserta.

Keputusan adalah berdasarkan penilaian juri tetap yang terdiri daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Turut serta, Datuk Seri Vida sebagai 'Presiden Netizen', bersama penampilan Aliff Aziz sebagai 'juri juara' dan Adlin Aman Ramli mewakili 'juri pedas' minggu ini.

Berikut adalah markah kesemua peserta yang terlibat:-

big stage 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Kelima

1. Elica Paujin (Ku Milikmu) - 92.20%

2. Aisha Retno (Cindai) - 91.20%

3. Danial Chuer (Dialah Di Hati) - 88.40%

4. Megat Rahim (Aku Cinta Padamu) - 76.80%

5. Ajoi Zainal (Kesilapanku Keegoanmu) - 70.80%

6. Syafiq Abdilah (Anta Permana) - 70.40%

7. Tegar Septian (Purnama Merindu) - 69.80%

8. Sofiaa Marieylla / Mummy Jerung Merah (Ku Mahu) - 58.60%

9. Yazmin Aziz (Bukan Cinta Biasa) - 47.00%

Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up - Aisha Retno

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 Minggu 6 Suku Akhir (Musim 4)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 6

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Gandingan Sherry Alhadad dan Elly Mazlein sebagai pasangan pengacara menghangatkan lagi rancangan realiti nyanyian kegemaran ramai itu.

Disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104), konsert mingguan Big Stage 2022 menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022.

Tonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 5




Hakcipta iluminasi.com (2017)