Kredit foto: Instagram Elica Paujin

Siapa Elica Paujin? Penyanyi wanita Malaysia dengan nama penuh Angelica Paujin ini merupakan seorang bintang kelahiran program realiti TV, Mentor Milenia 2017.

Sebelum terjun ke bidang seni, beliau aktif terlibat dalam pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan daerah di negeri Sabah, juga menjayakan tawaran persembahan di majlis korporat dan kenduri kahwin.

    

Elica kini terpilih sebagai salah seorang peserta yang menempatkan diri dalam pertandingan realiti, Big Stage Musim 4.

Menerusi program yang memasuki edisi 2022 itu, beliau bersaing sama dengan 11 penyanyi generasi baharu atau 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang lain iaitu Megat Rahim, Lia Aziz, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Tegar Septian (Indonesia), Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Syafiq Abdilah (Brunei), Yazmin Aziz dan Iqbal Zulkefli.

    

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Biodata

Nama sebenar: Angelica Paujin

Nama pentas: Elica Paujin

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 20 November 1999

Tempat lahir / Asal: Tambunan, Sabah, Malaysia

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Sedang mengikuti pengajian jurusan muzik di Sabah Institute of Art

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @elicapaujin_

Latar Belakang

1. Berketurunan Dusun.

2. Berjinak-jinak dalam seni nyanyian sejak umur empat tahun.

3. Aktif dalam dunia seni sejak tahun 2017.

4. Pernah menyertai pertandingan Idola Kecil musim 3 ketika usia kanak-kanak.

5. Pernah menjuarai realiti TV, Mentor Milenia 2017 dan Stariser: Mencari Bintang Nusantara edisi pertama 2020.

6. Di Mentor Milenia 2017, beliau selaku protege Akim Ahmad menewaskan tiga finalis lain yang antaranya adalah Usop (naib juara Big Stage 2020).

7. Merakamkan lagu-lagu popular seperti Bila Nanti, Kau Lah!, Hilang dan Percaya Aku, juga lagu berbahasa Dusun berjudul Araatan (Benci) dan Momuhobo (Bernafas).

Fakta Menarik

1. Cukup dikenali di negeri Sabah.

2. Pernah terlibat dengan Kem Muzik Kebangsaan bersama-sama dengan Ajoi Zainal.

3. Memasuki kelas vokal sejak zaman bangku sekolah sehingga tingkatan lima.

4. Ibu bapanya merupakan pendidik, malah beliau juga menanam cita-cita yang sama.

5. Peminat Kpop.

6. Meski menetap di Sabah, beliau masih belum berkesempatan mendaki Gunung Kinabalu!

7. Mempunyai 137,000 pengikut di laman IG.

8. Meminati genre pop dan balada serta menjadikan Jaclyn Victor, Celine Dion dan Beyonce sebagai idolanya. Manakala lagu kegemarannya adalah Pelangi Senja nyanyian Stacy dan Jagalah Dia (Jaclyn Victor).

9. Berkebolehan bermain violin.

10. Gemar mendendangkan lagu berbahasa Inggeris ketika membuat persembahan.

11. Dendangannya menerusi lagu Samar Bayangan pada malam final Mentor Milenia 2017 mendapat pujian daripada penyanyi asal, Nicky Astria.

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian (Indonesia), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

   

Gambar

elica paujin 525

big stage 2022 265

big stage 716

peserta big stage 2022 179

peserta big stage

elica paujin momuhobo

lagu elica paujin

elica paujin instagram

elica paujin umur  

Kredit foto: Instagram Elica Paujin

Video

Kredit video: MOMUHOBO - ELICA PAUJIN (Officiall Audio Lirik)

Sumber:

1. Menang RM10,000, Elica Paujin Juara Stariser 2020!

2. Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

3. Enggan hampakan orang kampung

4. Profil Elica Paujin [1, 2]

5. Terima pujian Nicky Astria




Hakcipta iluminasi.com (2017)