Kredit foto: Instagram Tuah Adzmi

      

Siapa Tuah Adzmi? Arumi Nafiz Mohd Adzmi atau lebih dikenali sebagai Tuah Adzmi merupakan seorang penyanyi dan komposer muda Malaysia.  

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni selepas sering memuat naik rakaman nyanyian lagu menerusi platform Youtube.

Setelah itu, beliau dilamar label FMC Music sebaris dengan penyanyi BBNU popular seperti Haqiem Rusli, Tajul dan Afieq Shazwan.

     

Biodata Tuah Adzmi

  • Nama sebenarnya, Arumi Nafiz Mohd Adzmi.
  • Menggunakan nama komersial, Tuah Adzmi.
  • Berumur 22 tahun (2020).
  • Popular menerusi single Insan Kau Cinta, Air Mata Rindu dan Raja Di Hati.
  • Mula mendapat perhatian menerusi platform YouTube dengan menyanyikan semula lagu-lagu popular semasa.
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @officialtuah sehingga kini mencatatkan lebih 120,000 pengikut. Manakala, saluran Youtubenya mengumpul lebih 66,000 subscriber.

     

Fakta Menarik

  • Anak tunggal dalam keluarga.
  • Bapanya meninggal dunia ketika usianya masih kecil.
  • Mula bergiat secara serius dalam dunia hiburan sejak umur 15 tahun.
  • Bergelar penyanyi rakaman FMC Music sejak Februari 2019.
  • Selain menyanyi, berkebolehan bermain instrumen muzik dan mencipta lagu.
  • Mula bermain gitar, piano dan keybord sejak umur 13 tahun.
  • Mengeluarkan lagu ciptaan sendiri berjudul Raja Di Hati sewaktu usia 17 tahun dengan memuat naiknya di laman Youtube.
  • Merakamkan demo lagu dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
  • Gemar menghasilkan lagu berkonsepkan percintaan.

    

Pencapaian

  • Video lirik lagu Air Mata Rindu nyanyiannya meraih lebih 7.8 juta tontonan dalam tempoh setahun di laman Youtube, manakala video muzik rasminya diulang tonton sembilan juta kali untuk tempoh 12 bulan.
  • Muzik video lagu terbaharunya, Insan Kau Cinta mencatatkan lebih lima juta tontonan hanya dalam tempoh enam bulan.

     

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh Big Stage 2022, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

   

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Syafiq Abdilah (Brunei), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

   

Foto

tuah adzmi

tuah adzmi biodata

umur tuah adzmi

tuah adzmi insan kau cinta

tuah adzmi wikipedia

insan kau cinta

tuah adzmi ig

ibu tuah adzmi

Kredit foto: Instagram Tuah Adzmi

    

Video

Kredit video: Tuah Adzmi - Insan Kau Cinta (Official Music Video)

      

Sumber:

1. Tuah manfaat pengaruh digital

2. Jentik hati pencinta balada

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)