Oleh pada 28 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Big Stage 2022 minggu keempat menyaksikan penyanyi Tuah Adzmi melangkah meninggalkan gelanggang pertandingan, malam tadi.

Tuah yang mempersembahkan lagu Malam Semakin Dingin dipopularkan Tajul dan Afieq Shazwan, hanya mampu berpuas hati dengan markah sebanyak 62.60% daripada juri profesional.

Sementara itu, pertandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menobatkan penyanyi Aisha Retno di kedudukan pertama dengan pungutan markah 89.60% menerusi penyampaian lagu Lathi rakaman asal Weird Genius dan Sara Fajira.

Konsert program realiti bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) itu turut mempertaruhkan penyertaan penyanyi Syafiq Abdilah (Brunei), Yazmin Aziz, Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Mami Jerung Merah) dan Ajoi Zainal.

Kerusi juri tetap musim ini diduduki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Tidak ketinggalan penampilan Datuk Seri Vida sebagai 'Presiden Netizen', bersama Aliff Aziz sebagai 'juri juara' dan Datuk Syafinaz Selamat selaku 'juri pedas'.

Kedudukan para peserta bersama markah juri adalah seperti berikut:-

big stage 2022 247

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Keempat

1. Aisha Retno (Lathi) - 89.60%

2. Elica Paujin (Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja) - 85.80%

3. Danial Chuer (Gila) - 80.20%

4. Syafiq Abdilah (Cute / Stop Lah Being So Cute) - 74.60%

5. Ajoi Zainal (Jangan Khianati Aku) - 67.00%

6. Yazmin Aziz (Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti) - 66.60%

7. Tegar Septian (Penantian) - 63.20%

8. Tuah Adzmi (Malam Semakin Dingin) - 62.60%

9. Megat Rahim (Surat Cinta Untuk Starla) - 54.40%

Sofiaa Marieylla / Mummy Jerung Merah (Gadis Dan Bunga) - Tidak hadir membuat persembahan kerana masalah kesihatan

Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up - Syafiq Abdilah

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 5

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 5

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

 

Tugas pengacaraan konsert menggunakan khidmat pasangan hos, Alif Satar dan Elly Mazlein.

Rancangan saluran Astro Ria (CH 104) itu dijadualkan ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022.

Program siaran langsung berkenaan juga boleh didapati di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)