Oleh pada 28 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sembilan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) meneruskan perjuangan berentap di minggu kelima pertandingan realiti, Big Stage 2022.

Konsert kelima ini bakal mengangkat tema 'This Is Siti Nurhaliza' menerusi deretan lagu hits daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Peserta yang terlibat dalam persaingan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ialah penyanyi Aisha Retno, Yazmin Aziz, Syafiq Abdilah (Brunei), Tegar Septian (Indonesia), Danial Chuer, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Mami Jerung Merah) dan Ajoi Zainal.

Berikut dikongsikan seleksi lagu yang menjadi pertaruhan:-

big stage 975

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Kelima

1. Aisha Retno - Cindai

2. Danial Chuer - Dialah Di Hati

3. Ajoi Zainal - Kesilapanku Keegoanmu

4. Syafiq Abdilah - Anta Permana

5. Tegar Septian - Purnama Merindu

6. Yazmin Aziz - Bukan Cinta Biasa

7. Elica Paujin - Ku Milikmu

8. Megat Rahim - Aku Cinta Padamu

9. Sofiaa Marieylla / Mummy Jerung Merah - Ku Mahu

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 6

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 4

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai membawa peranan sebagai juri profesional tetap untuk musim keempat ini.

Konsert Big Stage 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dibawakan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Siaran bermula 6 Februari 2022, kelolaan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad itu turut terkandung di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai tontonan online.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)