Oleh pada 21 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Lia Aziz menjadi mangsa penyingkiran program realiti, Big Stage 2022 minggu ketiga menerusi siaran yang berlangsung malam tadi.

Konsert di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan Lia mempersembahkan lagu Kisah Hati yang asalnya dirakamkan Datin Alyah, dengan pungutan markah sebanyak 55.00%.

Sementara itu, dendangan Aisha Retno menerusi lagu Kesetiaan dipopularkan Siti Sarah Raisuddin melayakkannya menduduki tangga teratas dengan markah berjumlah 82.00%.

Pertandingan di kalangan bintang 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) itu turut menampilkan penyertaan penyanyi Syafiq Abdilah (Brunei), Tegar Septian (Indonesia), Elica Paujin, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Megat Rahim, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah) dan Ajoi Zainal.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai mengambil tempat di kerusi juri tetap dengan bantuan Han Byul selaku 'juri juara'.

Manakala posisi 'juri pedas' diduduki Mas Idayu, selain penampilan Datuk Seri Vida di kerusi 'Presiden Netizen'.

Di bawah adalah senarai markah setiap peserta hasil penilaian barisan juri profesional:-

big stage 2022 343

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Ketiga

1. Aisha Retno (Kesetiaan) - 82.00%

2. Elica Paujin (Behind These Hazel Eyes) - 80.40%

3. Syafiq Abdilah (Aku Skandal) - 75.00%

4. Danial Chuer (Cuba) - 72.80%

5. Ajoi Zainal (Penglipur Lara) - 65.20%

6. Tegar Septian (Bahagiamu Deritaku) - 64.40%

7. Yazmin Aziz (Set Fire To The Rain) - 60.00%

8. Tuah Adzmi (Cari Jodoh) - 55.40%

9. Lia Aziz (Kisah Hati) - 55.00%

10. Sofiaa Marieylla / Mummy Jerung Merah (Bicara Manis Menghiris Kalbu) - 44.20%

11. Megat Rahim (Pencinta Wanita) - 39.00%

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 4

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 4

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Konsert Big Stage 2022 menampilkan Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang digandingkan sebagai pasangan pengacara.

Rancangan siaran langsung ditayangkan di saluran Astro Ria (CH 104) itu ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam sejak 6 Februari 2022, selain dimuatkan di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)