Oleh pada 21 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert Big Stage 2022 diteruskan dengan penyertaan 10 penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang masih kekal.

Memasuki minggu keempat, para bintang dikehendaki membawakan seleksi lagu viral di platform media menerusi tema 'Go Viral'.

Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini dibarisi oleh peserta terdiri daripada penyanyi Aisha Retno, Syafiq Abdilah (Brunei), Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer, Megat Rahim, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Sofiaa Marieylla (Mami Jerung Merah) dan Ajoi Zainal.

Di bawah adalah senarai lagu yang menjadi pertaruhan mereka:-

big stage 657

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Keempat

1. Aisha Retno - Lathi (Weird Genius ft. Sara Fajira)

2. Syafiq Abdilah - Cute / Stop Lah Being So Cute (Harith Zazman, MFMF, Loca B)

3. Tuah Adzmi - Malam Semakin Dingin (Tajul & Afieq Shazwan)

4. Danial Chuer - Gila (Kaka Azraff, Noki K Clique, Loca B)

5. Elica Paujin - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)

6. Ajoi Zainal - Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

7. Tegar Septian - Penantian (Armada)

8. Yazmin Aziz - Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth)

9. Sofiaa Marieylla / Mummy Jerung Merah - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)

10. Megat Rahim - Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 5

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 3

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Musim keempat rancangan realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menggunakan khidmat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai sebagai juri profesional tetap.

Manakala Alif Satar dan Sherry Al Hadad memegang mandat sebagai pengacara program.

Konsert Big Stage 2022 ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 6 Februari 2022, atau juga boleh diikuti secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai pilihan alternatif.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)