Oleh pada 14 Feb 2022 kategori

  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penglibatan penyanyi Iqbal Zulkefli di program realiti Big Stage 2022 terhenti malam tadi apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di konsert minggu kedua.

Iqbal mempersembahkan lagu Ketahuan dipopularkan Matta Band, hanya layak meraih pungutan markah daripada juri sebanyak 9.20%.

Sementara itu, penyanyi Elica Paujin diangkat di kedudukan teratas dengan markah 84.60% menerusi penyampaian lagu Impikan nyanyian asal oleh kumpulan Dolla.

Pertandingan realiti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu juga menyaksikan persaingan 9 lagi bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) iaitu Tegar Septian (Indonesia), Sofiaa Marieylla (Mami Jerung Merah), Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), Megat Rahim, Yazmin Aziz, Lia Aziz, Aisha Retno dan Ajoi Zainal.

Manakala Danial Chuer tidak dapat hadir bertanding kerana mengalami demam panas.

   

Persembahan peserta diadili oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai yang bertindak sebagai juri profesional tetap.

Tidak ketinggalan, penyanyi Aina Abdul hadir sebagai 'juri juara' dan Mas Idayu sebagai 'juri pedas', selain penglibatan Datuk Seri Vida yang mengambil tempat di kerusi 'presiden netizen'.

Berikut adalah senarai markah yang diberikan oleh barisan juri berdasarkan prestasi persembahan diperlihatkan peserta minggu ini:-

big stage 2022 162

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Kedua

1. Elica Paujin (Impikan) - 84.60%

2. Sofiaa Marieylla Jerung Merah (Aca Aca Nehi Nehi) - 75.60%

3. Aisha Retno (Lalisa) - 75.20%

4. Tegar Septian (Assalamualaikum) - 59.40%

5. Ajoi Zainal (Boneka) - 54.80%

6. Syafiq Abdilah (Adakah Engkau Menungguku) - 52.80%

7. Yazmin Aziz (Eh) - 52.20%

8. Tuah Adzmi (Luar Biasa) - 51.00%

9. Lia Aziz (Tamparan Wanita) - 46.80%

10. Megat Rahim (Evo) - 45.00%

11. Iqbal Zulkefli (Ketahuan) - 9.20%

Artis BBNU Paling Up - Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 3

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 3

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Konsert Big Stage 2022 menggandingkan Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pasangan pengacara bagi mengemudikan program saluran Astro Ria (CH 104) yang ditayangkan secara langsung itu.

Bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam sejak 6 Februari 2022, rancangan ini juga boleh diikuti secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)