Oleh pada 14 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert ketiga Big Stage 2022 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, menampilkan penyertaan 11 penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) yang masih kekal.

Pertandingan minggu ketiga dengan tema 'Playlist 2000' itu bakal menyaksikan para peserta mendendangkan lagu-lagu cover terbitan dari tahun 2000 hingga 2020.

Persaingan musim keempat rancangan realiti nyanyian itu masih mengekalkan pembabitan penyanyi Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Mami Jerung Merah), Tegar Septian (Indonesia), Syafiq Abdilah (Brunei), Tuah Adzmi, Danial Chuer, Aisha Retno, Megat Rahim, Yazmin Aziz, Lia Aziz dan Ajoi Zainal.

Di bawah adalah senarai lagu yang akan dipersembahkan mereka pada hujung minggu ini.

big stage 702

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Ketiga

1. Elica Paujin - Behind These Hazel Eyes (Kelly Clarkson)

2. Aisha Retno - Kesetiaan (Siti Sarah Raisuddin)

3. Tegar Septian - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)

4. Yazmin Aziz - Set Fire To The Rain (Adele)

5. Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah) - Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza)

6. Danial Chuer - Cuba (Faizal Tahir)

7. Lia Aziz - Kisah Hati (Datin Alyah)

8. Ajoi Zainal - Penglipur Lara (Hazama)

9. Megat Rahim - Pencinta Wanita (Irwansyah)

10. Tuah Adzmi - Cari Jodoh (Wali Band)

11. Syafiq Abdilah - Aku Skandal (Kumpulan Hujan)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 2

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Dihoskan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad, Big Stage 2022 yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai sebagai juri profesional tetap.

Program realiti disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) itu dijadualkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022, selain berada di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan online, sebagai pilihan alternatif.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)