Oleh pada 28 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert akhir Big Stage 2022 yang menutup tirai membawa kepada perbualan di kalangan warganet membabitkan peserta yang dijangka membuat kemunculan pada musim hadapan.

big stage 2022 764

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Beberapa nama popular BBNU (Budak Budak Baru Nak Up) yang mempunyai kualiti vokal yang baik dicadangkan sebagai antara penyanyi yang layak berentap dalam persaingan musim kelima kelak.

Antara nama-nama penyanyi muda pertaruhan ramai termasuklah bintang-bintang remaja lelaki seperti Reedzwann, Meer Nash, Haikal Farid, Zack Zakwan, Fareez Fauzi, Zali Rusli, Zaki Yamani, BitoBeyto, Daniesh Suffian dan Yazid Izaham.

Juga ramai yang ingin melihat penglibatan Zaim Mentor, Apex Tajudin, Azmil (Mentor Legend), Adly Sofwan, Syafiq Naser, Harris Alif, Luqman Faiz, Isma Sane, Iza'an, Rizal Rasid dan Sharul Kamal.

Manakala di kalangan penyanyi wanita pula, nama-nama yang dipetik netizen seperti Masya Masyitah, Layla Sania, Aidilia Hilda, Shalma Eliana, Beby Acha, Erin CTJ, Eza Edmond, Wan Azlyn dan Fatin Husna.

Penyanyi yang sudah mencipta nama juga tidak terkecuali, antaranya Iman Troye, Amir Masdi, Zynakal dan As'ad Motawh.

Peminat juga ingin melihat kehadiran personaliti media sosial viral seperti Cik B dan Coki TikTok!

Mungkin masih terlalu awal untuk membuat tekaan, namun barangkali ada nama-nama yang disebut-sebut ini berpeluang menapak ke pentas pertandingan realiti nyanyian popular itu. Sama-sama kita tunggu!

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi diangkat sebagai juara penganjuran musim pertama (2018), diikuti bintang Korea Selatan, Han Byul sebagai pemenang edisi kedua (2019).

Musim ketiga (2020) menyaksikan kejuaraan Azzam Sham, manakala musim keempat (2022) pula diungguli Elica Paujin.

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Final Big Stage 2022 (Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 (Final Musim 4)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 (GV9) Bahagian 1

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 (GV9) Bahagian 2

   

Kredit video: Konsert Big Stage 2022 Live + Minggu 8 Final




Hakcipta iluminasi.com (2017)