Oleh pada 01 May 2020 kategori

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

Dia Semanis Honey merupakan sebuah siri drama televisyen yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria pada 2 Mei 2016 hingga 26 Mei 2016.

Kini siaran ulangan karya adaptasi novel dengan judul sama tulisan Dila Dyna ini bakal ke udara di slot Tiara, Astro Prima mulai 1 Mei 2020 bagi menggantikan drama Lelaki Kiriman Tuhan yang telahpun tamat siarannya.

   

dia semanis honey episod

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

   

Sinopsis

Sikap taat sebagai seorang anak membuatkan Ahnaf menerima pertunangan yang diaturkan, meskipun Hani tidak terbuka menerima ikatan itu.

Mereka yang sering berbalah akhirnya menyimpan perasaan sesama sendiri.

Ketika hampir disatukan, muncul pula Ariana yang menjadi sempadan, lalu Hani ditinggalkan Ahnaf .

Tiga tahun berlalu, sekembalinya Ahnaf mendapati Hani sudah ditemani Adam di sisi, manakala Ahnaf pula sedang bertemankan Bella.

Jurang pemisah atas nama 'sahabat' mungkin hanya terlafaz di bibir, namun di hati siapa yang tahu?

Mungkinkah pertemuan semula itu mampu menyatukan dua hati yang terpisah atau mereka perlu akur dengan satu lagi babak perpisahan?

    

sinopsis dia semanis honey

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

   

Pelakon

Lakonan utama Alif Satar dan Siti Nordiana.

Turut menampilkan Hairul Azreen, Hafeez Mikhail, Falisha Crossley, Alif Hadi, Lan Kristal, Nadya Syahera, Ziha Salleh, Izzue Islam, Dafi, Fara Fauzana, Firdaus Ghufran, Datin Nina Juren, Danish Hazriq, Zainol Macwilson, Aleza Shadan, Fahmy Reza, Farez Ridzwan, Ahmad Fauzee, Fatihah Baharum, Nor Azam, Nelissa Edreena, Rayyan Dino, Adrianna Qasmia dan Elly Suhailie.

   

Baca: Biodata Pelakon Alif Satar

Baca: Biodata Pelakon Siti Nordiana

Baca: Biodata Pelakon Hairul Azreen

Baca: Biodata Pelakon Hafeez Mikail

Baca: Biodata Pelakon Dafi

Baca: Biodata Pelakon Alif Hadi

Baca: Biodata Pelakon Nadya Syahera

Baca: Biodata Pelakon Izzue Islam

Baca: Biodata Pelakon Firdaus Ghufran

Baca: Biodata Pelakon Nina Juren

Baca: Biodata Pelakon Fahmy Reza

    

pelakon dia semanis honey

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat pengarahan sutradara Hadith Omar dan Michael Ang menerusi syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST Dia Semanis Honey Siti Nordiana & Achik - Memori Berkasih (Official Music Video)

    

Tajuk: Memori Berkasih

Penyanyi: Siti Nordiana & Achik Spin

Komposer: Patrick Kamis

Lirik: Patrick Kamis

   

 

Kredit video: Alif Satar - Akhiri Penantianku (Official Music Video)

    

Tajuk: Akhiri Penantianku

Penyanyi: Alif Satar

Komposer: Zimi

Lirik: Zimi

    

novel dia semanis honey

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

Waktu Siaran

Menghiasi slot Tiara di saluran Astro Prima sebanyak 16 episod, mulai 1 Mei 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

     

Kredit video: Dia Semanis Honey Episod 1

    

Sumber:

1. Goodreads Novel Dia Semanis Honey

2. Wikipedia Slot Tiara

3. Wikipedia Dia Semanis Honey

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)