Oleh pada 23 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Bukan Gadis Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 di bawah arahan Azman Haji Yahya (Jinggo), lakonan utama Ayda Jebat dan Remy Ishak.

Drama adaptasi novel dengan judul sama karya Liza Nur ini bakal memulakan siarannya pada 23 April 2020 di slot Akasia TV3.

    

drama bukan gadis biasa

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

     

Sinopsis

Rambut pendek, berkemeja dan berseluar jeans.. itu identiti Johana (Ayda Jebat).

Tiada niat lain di lubuk hatinya melainkan ingin melihat masa depan yang cerah buat si kecil Aisya yang memanggilnya sebagai ‘emak’.

Sementara itu, hati Johana yang kosong terperangkap dalam cinta tiga jejaka bersaudara.

Pertemuan dengan Amirul (Mas Khan) membuatkan Amirul berasa cukup yakin dengan perasaannya.

Manakala Rayyan (Remy Ishak), sepupu kepada Amirul, seorang yang degil tetapi berprinsip ini sering bersimpang-siur dalam hidup Johana.

Amer (Nazim Othman) iaitu adik kepada Rayyan pula cuba mencari jalan pintas mencuri hati Johana berbekalkan perangai mata keranjangnya.

    

novel bukan gadis biasa

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

     

Pelakon

Menampilkan gandingan Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman dan Mas Khan.

Tidak ketinggalan Chacha Maembong, Idzham Ismail, Lia Natalia, Zarul Husin, Ozlynn Waty, Sheila Rusly, Ako Mustapha, Balkisyh Semundur Khan, Shajiry dan Ashhry Atan.

    

Baca: Biodata Pelakon Ayda Jebat

Baca: Biodata Pelakon Remy Ishak

Baca: Biodata Pelakon Nazim Othman

Baca: Biodata Pelakon Mas Khan

Baca: Biodata Pelakon Chacha Maembong

Baca: Biodata Pelakon Idzham Ismail

Baca: Biodata Pelakon Lia Natalia

Baca: Biodata Pelakon Sheila Rusly

Baca: Biodata Pelakon Ozlynn Waty

Baca: Biodata Pelakon Balkisyh Semundur Khan

    

bukan gadis biasa episod

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Azman Haji Yahya (Jinggo) daripada penerbitan JS Pictures Sdn.Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: AISHAHANIM - Official Lyric ANGKARA OST Bukan Gadis Biasa

    

Tajuk: Angkara

Penyanyi: Aisha Hanim

Lagu: Iqie Hugh, Omar K & Hanis Rafi

Lirik: Iqie Hugh & Omar K

    

Kredit video: Satu - Zulhilmi

    

Tajuk: Satu

Penyanyi: Zulhilmi

Lagu / Lirik: Zulhilmi & Nicodemus Lee Soon Lee

      

pelakon bukan gadis biasa

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

    

Waktu Siaran

Tayangan 28 episod mulai 23 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran TV3 menerusi slot Akasia.

     

Kredit video: Bukan Gadis Biasa Episod 1

     

Sumber:

1. Novel Bukan Gadis Biasa

2. Wikipedia Drama Bukan Gadis Biasa

3. Wikipedia Slot Akasia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)