Kredit foto: Instagram @ninajuren
Datin Seri Haznina Juren binti Haniff atau nama komersialnya, Nina Juren bukanlah nama asing dalam lapangan dunia seni lakonan.
Mencipta nama menerusi puluhan filem, drama dan telefilem, beliau pernah berada di zaman kegemilangannya ketika era 90-an bersama teman seangkatan seperti Zizie Ezette, Shaheizy Sam, Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Rusdi Ramli, Tasha Aziz, Ahmad Idham dan ramai lagi.
Masih relevan sehingga ke hari ini, Nina terus aktif menjayakan drama-drama rantaian popular di kaca televisyen seperti Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella dan terkini, Sweet Dreams.
Ikuti biodata anak seni yang cukup diingati menerusi watak Zita dalam filem Lenjan ini.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Haznina Juren binti Haniff.
2. Kelahiran Bangsar, Kuala Lumpur pada 20 Januari 1971. Kini berusia 48 tahun.
3. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
4. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 1993 (di usia 22 tahun) sebelum hilang dari radar dunia hiburan pada 2008 kerana memberi fokus kepada kehidupan berkeluarga. Kembali menyemarakkan dunia seni pada 2015 sehingga kini.
5. Pernah membintangi drama Cili Padi musim ketiga, Idaman (Musim 2), Gadis 3, Impak Maksima The Series, Jangan Lafazkan Janji, M.A.I.D, Dia Semanis Honey, Dia Semanis Honeymoon, Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella, Klik! Pengantin Musim Salju dan Sweet Dreams.
6. Juga menjayakan telefilem Dia Semanis Honey Raya dan Suri Hati Mr. Pilot Raya.
7. Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Imigran, Femina, Puteri Impian, Kembara, Lenjan, KLU, Bintang 3, Senario Lagi dan Romeo Kota, Kes Fail: Kriptik.
8. Mendirikan rumah tangga dengan Dato' Seri Ibrahim Md Nor pada tahun 2002 dan hasil perkongsian hidup, mereka beroleh enam orang cahaya mata iaitu Heidi Ariana, Mira Sethina, Myra Jasmine, Nina Melor, Seth Imran dan Nina Jasmine. Dua daripadanya adalah kembar.
Foto
Kredit foto: Instagram @ninajuren
Video
Kredit video: Youtube Alex Donohue
Sumber:
1. Wikipedia
2. Harian Metro
3. Utusan