Oleh pada 27 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

     

Degup Cinta merupakan sebuah drama bersiri 26 episod, diadaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi.

Bakal ditayangkan mulai 27 April 2020, siri ini menggantikan drama Chandelier yang telah melabuhkan tirainya pada 19 Mac 2020.

     

sinopsis degup cinta

Kredit foto: Instagram @onday_steady

    

Sinopsis

Selepas kematian isterinya akibat kemalangan, Reza (Josiah Hogan) mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Sementara, Zahlia (Shiqin Kamal) terluka selepas mendapati tunangnya, Haikal (Mathni Razak) berlaku curang, lalu memutuskan pertunangan mereka.

Reza bertemu Zahlia dalam satu peristiwa di sebuah chalet.

Kerana ingin melihat Haikal cemburu, Zahlia menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya dengan membawa Reza sebagai 'kekasih baru'.

Haikal yang tercabar mula menyiasat identiti Reza, sedang Zahlia dan Reza terus berpura-pura berlakon sebagai pasangan kekasih.

    

degup cinta episod

Kredit foto: Instagram Onechinoiz Studios Sdn Bhd

    

Pelakon

Dijayakan Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans dan Mathni Razak, selain dibantu Faez Nick, Shuhanty Hanafiah, Zalif Sidek, Zaryn Min, Cinta Deline, Zalfa Zin, Hanif Safuan, Sahronizam, Laila Nasir dan Ruzana Ibrahim.

    

Baca: Biodata Pelakon Josiah Hogan

Baca: Biodata Pelakon Shiqin Kamal

Baca: Biodata Pelakon Juliana Evans

Baca: Biodata Pelakon Mathni Razak

Baca: Biodata Pelakon Faez Nick

Baca: Biodata Pelakon Shuhanty Hanafiah

Baca: Biodata Pelakon Zalif Sidek

    

pelakon degup cinta

Kredit foto: Instagram Zalif Sidek

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin daripada produksi Threeline Media Sdn Bhd.

Shahrulezad Mohameddin pernah dikenali menerusi garapannya dalam drama bersiri Nur, Cari Aku Di Syurga, Sutun, Sindarela dan Budak Ijat.

    

Lagu Tema (OST)

Lagu asal drama Ruzgarin Kalbi.

     

degup cinta

Kredit foto: Instagram Mathni Razak

      

Waktu Siaran

Bermula 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama.

      

Sumber:

1. Astro

2. Instagram Bambam Studios

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)