Oleh pada 07 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

 

Derita Untuk Bahagia merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda.

Siri arahan Ejump Mohd ini bakal menggantikan drama Hati Yang Dikhianati di slot Tiara, saluran Astro Prima mulai 7 Jun 2021.

   

derita untuk bahagia novel

Kredit foto: Instagram @eddyusman

  

Sinopsis

Mengangkat genre kekeluargaan, persahabatan dan cinta, ‘Derita Untuk Bahagia’ membawa kisah seorang gadis bijak bernama Alisha (Azar Azmi) yang dibesarkan dalam kehidupan penuh liku dan cabaran memandangkan bapanya merupakan seorang kaki pukul.

Hanya mengharapkan ibunya yang bekerja keras membesarkannya menjadikan Alisha seorang wanita yang kuat dan berdikari dalam mencari pendapatan.

Suatu hari, dia didedahkan dengan kenyataan bahawa dia bukanlah anak kandung kepada wanita yang sudah dianggap sebagai ibu.

Bermula daripada itu, Alisha menjejak keluarga kandungnya yang sebenar, sementara dalam masa sama, dia terikat dalam dilema cinta tiga segi antara dua jejaka - Danial (Amar Baharin) dan Raif (Hafreez Adam).

derita untuk bahagia episod

Kredit foto: Instagram @eddyusman

 

Pelakon

Menggandingkan pelakon Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda.

Penampilan bersama Syaff Azahan, Aaliyah Natasha, Puteri Lofea, Shukry Ramlee, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Rashdan Baba, Riezman Khuzaimi, Aida Othman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin dan Hilal Azman.

Baca: Biodata Amar Baharin

Baca: Biodata Azar Azmi

Baca: Biodata Hafreez Adam

Baca: Biodata Dayang Areeda

Baca: Biodata Ian Haziq MacQuistan (Anak Jasmin Hamid)

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

pelakon derita untuk bahagia

Kredit foto: Instagram @eddyusman

 

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara Ejump Mohd, terbitan oleh produksi MIG Productions Sdn Bhd.

sinopsis derita untuk bahagia

Kredit foto: Instagram Syaff Azahan

 

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khai Bahar | Bangkit Semula (Official Music Video)

Tajuk: Bangkit Semula

Penyanyi: Khai Bahar

Komposer: Adi Pawana & Gjie

Penulis lirik: Adi Pawana

derita untuk bahagia drama

Kredit foto: Instagram Shukry Ramlee

 

Waktu Siaran

Memasuki tayangan saluran Astro Prima di slot Tiara mulai 7 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, siaran selama 30 episod.

Juga boleh distrim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go.

Kredit video: BTS DERITA UNTUK BAHAGIA | OUTDOOR BE LIKE | THIS IS HOW WE WORK

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)