biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 1

Kredit foto: Instagram @fahmyreza

      

Beberapa foto usahawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa seolah dirisik seorang lelaki misteri menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Keterangan dalam perkongsian yang dimuat naiknya di Instagram pada Selasa lalu itu bagaikan memberi bayangan sebuah majlis sedang berlangsung di kediamannya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat beranggapan jejaka yang dirahsiakan identitinya itu ialah pelakon Fahmy Reza berdasarkan bentuk tubuh dan sebahagian rupa paras yang didedahkan.

Sementara identiti di sebalik wajah yang dirahsiakan itu didedahkan, kami kongsikan butiran biodata pelakon Fahmy Reza yang didakwa ramai sebagai kekasih terbaru usahawan sensasi ini.

      

Biodata

1. Nama penuhnya, Sheikh Zulfahmy Reza bin Sheikh Ab Ghani. Dikenali sebagai Fahmy Reza.

2. Kelahiran Kuantan, Pahang pada 9 Disember 1990.

3. Berketinggian 1.85 meter.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Merupakan pelakon yang mula menceburi dunia seni pada tahun 2014 dengan bernaung di bawah syarikat Metrowealth International Group.

6. Namanya melonjak selepas membintangi drama Dia Semanis Honey, membawakan watak sebagai Naqib. Juga drama Biar Aku Jadi Penunggu sebagai Rafaal Haziq.

7. Lain-lain drama lakonannya seperti Hantu Punya Bos, Mencintaimu Mr. Photographer, Kerna Syurga Bukan Percuma, Makmum Yang Paling Aku Cinta dan KL Meroyan.

8. Juga telefilem Obses, Pony Shoes Merah Jambu, Abang Sadoku Kekwat dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Banglo Berkunci dan Keranda Tok Wan Terbang.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 2

biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 3

biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 4

biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 5

biodata dan latar belakang pelakon fahmy reza 6

Kredit foto: Instagram @fahmyreza

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Berita Harian

4. Harian Metro



Hakcipta iluminasi.com (2017)