Oleh pada 20 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Drama "Bunga Salju" terbitan MIG Pictures adalah sajian terbaru dalam slot Tiara di Astro Ria.

Sebagai tonggak utama, drama ini mempertaruhkan tiga bintang iaitu Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan.

         

bunga salju novel

bunga salju astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Cerita ini didasarkan pada pembikinan skrip asli tanpa mengadaptasi novel, sepenuhnya menerusi konsep lakon layar dan karya idea asal.

         

Sinopsis

'Bunga Salju' mengisahkan tentang Qaisara (Amyra Rosli), kekasih Farouk (Hariz Hamdan) yang merupakan sepupu Azizi (Hisyam Hamid), seorang lelaki autisme. Qaisara keliru apabila menerima lamaran Azizi, menyangka ia daripada Farouk. Selepas berpisah dengan Farouk, Qaisara setuju berkahwin dengan Azizi, yang romantis dan mengejar kesempurnaan. Dia cuba memahami sifat autisme Azizi sementara Azizi berusaha menjadi suami yang baik. Namun, Qaisara menyembunyikan rahsia bahawa perkahwinan ini atas permintaan Farouk, yang ingin mendapatkan harta Azizi. Apabila kebenaran terdedah, Azizi menolak untuk menceraikan Qaisara dan berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Untuk Sekali Lagi (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Biodata Syad Mutalib, Pelakon Drama Berepisod Bunga Salju (Astro Ria), Aku Bukan Ustazah (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla (Viu Malaysia)

        

bunga salju episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Pelakon / Cast

Sebagai bintang utama, Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan menjadi tonggak dalam drama ini.

         

sinopsis bunga salju

Episod 1 'Bunga Salju' disiarkan pada 20 Mei 2024. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Turut dihidupkan dengan aksi daripada barisan bintang drama tempatan seperti Syad Mutalib, Zul Huzaimy, Hasnul Rahmat, Syed Irfan, Arabella Ellen, Esma Daniel dan Zarina Zainoordin. Juga termasuk, Shatirah Amanda, Ziema Din, Emelda Rosemila, Hafiz Halim, Mior Hashim Manap, Erynn Abdullah dan Ooi Liang Chia.

        

Watak Pelakon

Hisyam Hamid sebagai Azizi

Amyra Rosli sebagai Qaisara

Hariz Hamdan sebagai Farouk

Syad Mutalib sebagai Ekin

Arabella Ellen sebagai Mimi

Zul Huzaimy sebagai Abang Zul

Hasnul Rahmat sebagai Tuan Ishak

Syed Irfan sebagai Budi

Shatirah Amanda sebagai Linda

Zarina Zainoordin sebagai Kak Ila

Hafiz Halim sebagai Adam

Ziema Din sebagai Fatimah

Esma Daniel sebagai Maman

Emelda Rosmila sebagai Karmila

Mior Hashim Manap sebagai Tan Sri Iskandar

Erynn Abdullah sebagai Zetty

Ooi Liang Chia sebagai Amiri

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dikeluarkan oleh MIG Pictures yang menyampaikan naskhah yang diatur oleh pengarah drama sohor, Ejump Mohd.

Skrip ini dihasilkan dengan sentuhan oleh penulis Akmal Firul dan panel skrip MIG.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ajai & Aina Abdul - Hati Ini Telah Dilukai 2.0 (Official Lyrics Video)

       

Tajuk: Hati Ini Telah Dilukai 2.0

Penyanyi: Ajai & Aina Abdul

Komposer: Ajai

Penulis lirik: Ajai

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Siri drama ini akan memulakan tayangan pada 20 Mei 2024 di slot Tiara, Astro Ria (saluran 104), menyusul siri Malang Si Puteri dan akan terdiri daripada 40 episod yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Anda boleh menikmati rancangan ini melalui strim On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka untuk kemudahan tontonan yang fleksibel.

        

Tajuk cerita? Bunga Salju

Berapa episod? 40 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 6 petang

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, aplikasi Astro Go dan Sooka

         

Kredit video: EKSKLUSIF! Hisyam Hamid Jawab Soalan Panas! Amyra Belajar Cara Jaga Orang Autism | MeleTOP | Hawa

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)