Kredit foto: Instagram @alifsatar

Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhammad Alif bin Mohd Satar.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 September 1990.

3. Berusia 29 tahun.

4. Berketinggian 173 sentimeter.

5. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006.

6. Bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara.

7. Di usia 16 tahun, beliau ditabalkan sebagai pemenang tempat ketiga program realiti nyanyian, One In A Million musim pertama, di belakang Faizal Tahir selaku naib juara dan Suki (juara). Antara lain turut disertai penyanyi Dayang Nurfaizah, Farah Asyikin dan Datin Alyah.

8. Selaku penyanyi yang memperjuangkan genre Pop, beliau mempopularkan deretan lagu hits seperti Khayal, Jangan Nakal, Akan Tiba, Cukup Indah, Lelaki Seperti Aku, Selamanya Cinta (duet bersama Shila Amzah), Sesungguhnya Aku dan Sebenarnya (bersama Siti Nordiana).

9. Sehingga kini sudahpun melahirkan tiga buah album studio iaitu Nakal pada 2009, Lelaki Seperti Aku (2011) dan Definisi (2013).

10. Memulakan karier lakonan seawal usia 14 tahun menerusi teater muzikal Peter Pan The Lost Boys di bawah syarikat produksi, West End London.

11. Bagaimanapun lakonannya paling mengesankan menerusi watak Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel, Dia Semanis Honey yang turut diterajui Siti Nordiana. Populariti karya itu seterusnya membawa kepada lanjutan dalam pementasan Dia Semanis Honey The Musical pada 2017.

12. Antara lain, beliau turut membintangi drama Dendam, Suria Di Cordoba, Destinasi G4, Tundukkan Playboy Itu, Dia Semanis Honey, Dia Semanis Honeymoon, Suri Hati Mr. Pilot, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Ben 10, Red Velvet dan Klik! Pengantin Musim Salju.

13. Juga telefilem Lari Sayang Lari, Mat Gedebe, Husin Peninglah, Dia Semanis Honey Raya, Memori Pajeri Nanas, Inayah dan The Hantus.

14. Di layar perak, filem Aku Masih Dara, Usin UFO dan Aliff Dalam 7 Dimensi.

15. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program Idola Kecil, Suka Lattew, Meletop Kebaboom, Akademi Fantasia 2016, Rockanova, It's Alif, Big Stage, Anugerah Juara Lagu ke-33 dan Bintang Minggu Ini (Musim 2).

16. Sepanjang pembabitan sebagai anak seni, Alif telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2017 menerusi drama Dia Semanis Honey dan Pelakon Utama Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards 2018 menerusi Dia Semanis Honey The Musical, Artis Versatil Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 di Era Digital Music Awards 2018 menerusi karya Sesungguhnya Aku.

17. Disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan Sha Dila Halid yang juga pengurusnya sendiri dengan usia enam tahun lebih tua daripadanya. Sehingga kini mereka menerima dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 2

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 3

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 4

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 5

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 6

biodata dan latar belakang penyanyi alif satar 7

Kredit foto: Instagram @alifsatar

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Astro Gempak

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)