Kredit foto: Instagram @nadyasyahera

     

Biodata

1. Nama lengkapnya, Nadya Syahera binti Rosli. Dikenali sebagai Nadya Syahera.

2. Kelahiran Kuala Nerang, Kedah pada 28 September 1993. Membesar di Alor Setar.

3. Berusia 26 tahun.

4. Kediamannya terletak di Shah Alam, Selangor.

5. Bergelar pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Namanya meledak selepas membintangi drama Dia Semanis Honey membawa peranan watak antagonis bernama Bella. Drama arahan Hadith Omar itu antara lain diterajui Alif Satar, Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikhail dan Ziha Salleh.

7. Lain-lain drama lakonannya seperti M.A.I.D, Bencinta, Isteri Separuh Masa, Abang Bomba I Love You, Red Velvet, Rahsia Hati Perempuan dan Setelah Terlafaznya Akad.

8. Tercalon dalam kategori Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Hafizul "Fizul" Nawi pada 2016 susulan perkenalan awal yang terjalin di laman Facebook. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aleena Rose pada 1 Mac 2017 dan Mohamad Dayyan pada 7 Februari 2018.

       

Fakta Menarik

  • Sebelum memulakan karier seni, beliau merupakan seorang peragawati busana Muslimah yang juga hos sebuah program televisyen berkonsepkan fesyen dan hiburan.
  • Berehat seketika daripada kerjaya sebagai pelakon pada Ogos 2016 kerana menderita penyakit bengkak kelenjar atau cyst yang memaksanya melalui proses pembedahan. Akibat penyakit itu, Nadya kehilangan tujuh kilogram berat badan.
  • Perwatakannya yang kuat melatah menyebabkannya sering diusik rakan sekeliling.

      

Foto

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 2

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 3

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 4

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 5

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 6

biodata nadya syahera pelakon drama setelah terlafaznya akad 7

Kredit foto: Instagram @nadyasyahera

     

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)