Oleh pada 16 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Rindu Yang Terindah merupakan sebuah siri drama televisyen 2020 yang diadaptasi daripada novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis.

Lakonan utama Amelia Henderson dan Redza Rosli, drama arahan Emi Sufian ini bakal menemui penonton di Slot Samarinda TV3 mulai 16 Mac 2020 bagi menggantikan siri Maaf Tak Indah. 

    

novel rindu yang terindah 865

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Sinopsis

Kisah bermula apabila Hazieq (Nazrief Nazri) bertengkar dengan tunangnya, Airis (Amelia Henderson) ketika sedang memandu di jalan raya yang sunyi. Kerana permukaan jalan yang licin, Hazieq gagal mengawal keretanya lalu maut dalam kemalangan.

Kematian Hazieq membuatkan Airis hidup menderita serta diburu rasa bersalah. Airis kemudiannya menikahi abang Hazieq, Hazill (Redza Rosli) lalu cuba menagih cinta daripada lelaki itu meskipun dilayan dengan penuh rasa benci.

Dia tahu syurga terletak pada suaminya, namun Hazill pula masih berkeras dengan sikap ego.

Penyakit yang disembunyikan mula sampai ke pengetahuan. Jiwa Hazill tertekan apatah lagi mengenangkan isterinya mula hilang bahkan semakin menjauh.

          

drama rindu yang terindah 973

Kredit foto: Instagram Redza Rosli Supporters

    

Pelakon

Diterajui Amelia Henderson dan Redza Rosli.

Dibantu Adam Lee, Tunku Affie Rania, Nazrief Nazri, Wanna Ali, Hazman Al-Idrus, Shahz Jaszle, Esma Daniel, Maria Farida, Emelda Rosmila, Wan Nor Azlin dan Zaefrul Nordin.

    

Baca: Biodata Pelakon Amelia Henderson

Baca: Biodata Pelakon Redza Rosli

Baca: Biodata Pelakon Adam Lee

Baca: Biodata Pelakon Tunku Affie Rania

Baca: Biodata Pelakon Nazrief Nazri

Baca: Biodata Pelakon Wanna Ali

Baca: Biodata Pelakon Hazman Al-Idrus

    

rindu yang terindah episod

Kredit foto: Instagram Redza Rosli

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat sutradara Emi Sufian daripada produksi Orange Tree Production Sdn Bhd.

Antara drama yang pernah diarahkan Emi Sufian termasuk Meh Sandar Pada Aku, Vanila Coklat, Cinta Itu Milikku, Kak Marr dan Eksperimen Cinta.

    

Kredit foto: Cukup - Rizal Rasid (Official Music Video)

     

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Cukup

Penyanyi: Rizal Rasid

Ciptaan: Isyraf Yusri

    

novel derita terindah

Kredit foto: Instagram Adam Lee

    

Waktu Siaran

Bermula 16 Mac 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

    

Kredit video: Rindu Yang Terindah l Mulai 16 Mac, setiap Isnin - Khamis 10 malam di slot Samarinda

     

Kredit video: Rindu Yang Terindah Episod 1 (Bhg. 1)

     

Kredit video: Rindu Yang Terindah Episod 1 (Bhg. 2)

    

Kredit video: Rindu Yang Terindah Episod 1 (Bhg. 3)

   

Kredit video: Rindu Yang Terindah Episod 1 (Bhg. 4)

    

Sumber:

1. Novel Derita Terindah

2. Wikipedia Slot Samarinda

3. Instagram Drama Sangat

4. What's On Astro

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)