hh

Kredit foto: Instagram Dafi

    

Gadaffi Ismail Sabri atau nama pentasnya, Dafi merupakan salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kelima.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur ini kini berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Gadaffi bin Ismail Sabri.
  • Menggunakan nama komersial, Dafi.
  • Berumur 32 tahun.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Lahir pada 14 Disember 1988.
  • Berkelulusan Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2007 sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
  • Bakatnya dikesan daripada pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) sebaris dengan penyanyi Aizat Amdan, Heliza Helmi, Mila Jirin dan Nonny Nadirah.
  • Merakamkan album Seumur Hidup yang diterbitkan pada tahun 2009 dan D4F1 (2014).
  • Dikenali menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Seumur Hidup, Bila Terasa Rindu, Adinda, Dua Hati Menjadi Satu (duet bersama Gita Gutawa), Girl, Salahkan Aku an banyak lagi.
  • Antara drama dibintanginya seperti Hotel Mania, Opah Popular, Dia Semanis Honey, Abang Sado Boleh Beres, Black Belt Kaler Pink, Mak Cun (Musim 3) dan Klik! Pengantin Musim Salju.
  • Termasuk telefilem Dia Semanis Honeymoon dan Dia Semanis Honey Raya.
  • Kemunculannya dalam iklan televisyen menerusi jenama produk Aiskrim Walls (bersama penyanyi Indonesia, Gita Gutawa), Brands dan Coca-Cola (bersama Shila Amzah).
  • Akaun Instagramnya yang didaftarkan atas nama @dafiismailsabri sehingga kini mencatatkan lebih 430,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik pop.
  • Pernah bernaung di bawah label syarikat rakaman KRU Music Group.
  • Anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala kakaknya Nina Sabrina merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit ternama.
  • Diangkat sebagai pelajar terbaik di Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, sekaligus layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan.
  • Ketika bertanding di Akademi Fantasia 5, beliau pernah menangguhkan seketika pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang telah diikutinya sejak awal 2006.
  • Memegang peranan sebagai rakan kongsi dalam syarikat pengurusan artis, Lol Entertainment.
  • Bakal muncul dengan album baharu yang mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia ternama, Ahmad Dhani.

     

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Keluarga Ismail Sabri Yaakob Yang Ramai Tak Tahu!

         

Foto

dafi

dafi af

ismail sabri yaakob

dafi ismail

anak ismail sabri

dafi ismail sabri

instagram dafi

wikipedia dafi

dafi anak menteri

dafi af5

Kredit foto: Instagram Dafi

   

Video

Kredit video: "Bila Terasa Rindu" - DAFI (Official MTV)

   

Sumber:

1. 'Mana Dafi...?'

2. Wikipedia Dafi

3. Bloopers 05 Klik! Pengantin Musim Salju

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)