Kredit foto: Instagram Hafeez Mikail

    

Siapa Hafeez Mikail? Muhammad Hafiz Muhammad Zaki atau nama popularnya, Hafeez Mikail merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.

Beliau dikenali menerusi peranannya dalam drama rantaian Hati Perempuan, Tiada Arah Jodoh Kita dan Kenyalang I'm In Love, serta filem muzikal Busker.

     

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhammad Hafiz bin Muhammad Zaki.
  • Menggunakan nama komersial, Hafeez Mikail.
  • Berumur 28 tahun.
  • Kelahiran Taman Melati, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 1992.
  • Anak sulung daripada dua orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.
  • Menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model sejak tahun 2010.
  • Antara drama dibintanginya seperti Blogger Boy, Dia Semanis Honey, Semusim Rindu, My Coffee Prince, Tiada Arah Jodoh Kita, Vila Ghazara dan Demi Rindumu.
  • Termasuk telefilem Korban Kasih, Banglo Seksyen 2, Cikgu Gangster, Ustaz Korea Sebelah Rumah, Penjara Abah, Raya Tina Raya Timah dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Busker dan Banglo No 99.
  • Pernah membintangi iklan-iklan jenama terkemuka seperti Petronas, Digi Telecommunications dan Huawei.
  • Menganggotai kumpulan Simfoni Dalam Poket yang diilhamkan komposer Monoloque menerusi filem Busker, yang antara lain turut disertai Anaz Ridzuan dan Bulan
  • Antara lagu-lagu dipopularkan Simfoni Dalam Poket termasuk Atma Jiwa, Semak, Alamak, Selamat Tinggal Kekasih Lama, Mogok Tenteram, Slumber dan Doa Untuk Kekasih.
  • Merakamkan single solo berjudul Rahsia dan Ingin Selalu (OST Digi #Termakbul).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @thehafeezmikail sehingga kini mencatatkan lebih 470,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara di syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama dua tahun iaitu dari 2010 hingga 2012.
  • Pernah memegang peranan sebagai penolong jurulatih di Seni Silat Helang Buana
  • Dikatakan mempunyai iras pelakon Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan aktres Daiyan Trisha, meskipun menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar sahabat.
  • Terjun ke bidang lakonan sejak usia 17 tahun.
  • Kurang gemar subjek Matematik.

    

Foto

hafeez mikail dulu

hafeez mikail

filem busker

instagram hafeez mikail

wikipedia hafeez mikail

hafeez mikail kahwin

biodata pelakon iras fattah amin

drama hafeez mikail

hafeez mikail ig

busker movie

Kredit foto: Instagram Hafeez Mikail

   

Video

Kredit video: Hafeez Mikail - Rahsia (OFFICIAL Lyric Music Video)

   

Sumber:

1. “Itu Saja Kemampuan Saya” – Hafeez Mikail

2. Mengeluh tidak cemburu pun bukan

3. Wikipedia Hafeez Mikail

4. Hafeez Mikail Jawab Hubungan Dengan Daiyan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)