biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 1

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Alif bin Abdul Hadi. Dikenali sebagai Alif Hadi.

2. Merupakan pelakon dan pengacara.

3. Lahir pada 30 Jun 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Kini berusia 31 tahun (2019).

5. Berbintang Cancer.

6. Berketinggian 170 sentimeter.

7. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

8. Anak kedua daripada dua adik-beradik.

9. Berdarah campuran Melayu, Cina dan India.

10. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kuang, Sekolah Antarabangsa Sri Bestari dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perling 1, juga penuntut di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom (UK).

11. Berkelulusan ijazah dalam jurusan undang-undang.

12. Bagaimanapun beliau mula menyedari dirinya tidak meminati kerjaya peguam hanya selepas menuntut dalam jurusan itu.

13. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

14. Mencuri tumpuan selepas penyertaan dalam rancangan realiti Fear Factor Selebriti Malaysia, bergandingan dengan Gambit Saifullah.

15. Pernah membintangi drama Cornetto Kisah Chenta Uda & Dara, Anugerah Terindah, Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Duda Terlajak Laris, Dia Semanis Honey, Sayangku Kapten Mukhriz, Red Velvet, Cinta Hati Batu, Cintaku Di Bumi Izmir, Senafas Rindu dan banyak lagi.

16. Juga telefilem, antaranya Istikharah Cinta, Banglo Seksyen 2, Cinta Mat Semperit, Penunggu Bayang, Anak Patung, Alim-Alim Kuching, Rumah Hantu Sakit Jiwa dan Hantu Judi.

17. Bakal muncul dalam filem Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar, memegang peranan sebagai Daud.

18. Pernah menghoskan pelbagai rancangan televisyen seperti 24-7, Klik-i, Selamat Pagi Malaysia, Apa Nak Masak, Music Ekstra, Juara Pujaan dan Terbaik Dari Ladang.

19. Ramai yang tidak tahu, Hadi juga sebenarnya suka bermain sukan papan selaju atau skateboard.

Foto

biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 2

biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 3

biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 4

biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 5

biodata alif hadi pelakon drama senafas rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Utusan

4. Instagram Alif Hadi

5. Youtube Utusan Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)