Oleh pada 02 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Ironi Kasih merupakan sebuah siri drama 2020 dibintangi oleh Intan Najuwa dan Aqasha.

Garapan Nazir Jamaluddin di Slot Akasia TV3 mulai 2 April 2020 ini sebagai menggantikan siri Seindah Tujuh Warna Pelangi yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

     

drama ironi kasih

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

    

Sinopsis

Kasih (Intan Najuwa) asalnya adalah pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (Aqasha), sebelum mendapat tawaran sebagai pengasuh kepada anak Johan dan Emilia (Intan Ladyana).

Kerana gaji yang lumayan, Kasih menerima kerja itu lantas menjalinkan pertalian yang rapat dengan anak Johan, Danish (Isaac Iman).

Sementara itu, perkahwinan Johan dan Emilia di ambang keretakan semenjak Emilia menghabiskan masa bersama rakan kongsinya, Noh (Fizz Fairuz).

Perasaan Johan tercalar, lalu bertindak menceraikan Emilia.

     

ironi kasih episod

Kredit foto: Instagram Isaac Iman

     

Pelakon

Gandingan Intan Najuwa dan Aqasha, serta dibantu Intan Ladyana, Issac Iman, Afifah Nasir, Syafi Tee, Dazrin Kamarudin, Fauziah Ahmad Daud, Tasha Shila, Ramona Zam Zam, Sarah Malisa, Fizz Fairuz dan Nazia Mustafar.

     

Baca: Biodata Pelakon Aqasha

Baca: Biodata Pelakon Intan Najuwa

Baca: Biodata Pelakon Afifah Nasir

Baca: Biodata Pelakon Syafi Tee

Baca: Biodata Pelakon Ramona Zamzam

Baca: Biodata Pelakon Tasha Shila

Baca: Biodata Pelakon Fizz Fairuz

    

ironi kasih

Kredit foto: Instagram @intanlovesfans

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada sutradara Nazir Jamaluddin dan syarikat penerbitan Wira Nusa Production Sdn Bhd.

               

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Naim Daniel feat. Man Keedal - Sembah (Official Lyric Video)

    

Tajuk: Sembah

Penyanyi: Naim Daniel feat Man Keedal

Komposer: Naim Daniel & Iqie Hugh

Lirik: Naim Daniel & Iqie Hugh

    

pelakon ironi kasih

Kredit foto: Instagram Isaac Iman

     

Waktu Siaran

Tayangan 15 episod dari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3, mulai 2 April 2020.

     

Kredit video: Youtube Drama Sangat Official

    

Kredit video: Ironi Kasih Episod 1

     

Sumber:

1. Wikipedia Slot Akasia

2. Instagram Drama Sangat

3. Ironi Kasih l Mulai 2 April, setiap Isnin - Jumaat 7 malam di slot Akasia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)