Kredit foto: Instagram Firdaus Ghufran

    

Memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun, Firdaus Ghufran sememangnya mampu berbangga dengan pencapaian kariernya yang berkembang dengan baik di negara jiran.

Namun itu tidak bermakna kelibatnya di tanah air harus dilupakan, sebaliknya Firdaus sehingga kini sudahpun menjayakan pelbagai karya popular, seperti filem Abang Long Fadil dan Banglo Berkunci.

Terkini, dia antara nama yang bakal membintangi drama slot Lestary berjudul Pesan Pada Hati yang akan ke udara di saluran TV3 tidak lama sahaja lagi.

Antara lain membariskan pelakon-pelakon seperti Shukri Yahaya, Nabila Razali, Chacha Maembong, Sara Ali, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

    

Biodata Firdaus Ghufran

1. Pemilik nama penuh Muhammad Firdaus Ghani bin Ghufran. Menggunakan nama komersial, Firdaus Ghufran.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Kini berusia 17 tahun.

3. Beragama Islam.

4. Berketinggian 160 sentimeter, manakala berat badannya 60 kilogram.

5. Memulakan karier seni sebagai model iklan sejak usia enam tahun.

6. Namanya mempunyai pengaruh yang cukup kuat di negara jiran, Indonesia.

7. Antara drama dibintanginya seperti Planet Kiara, Chef Ramadhan, Budak Magik, Bila Hati Perempuan Menjerit, Bila Hati Berbisik, Juara Raya dan Tanggang Ayu.

8. Termasuk telefilem Jangan Ambil Lembu Kami, Doa Depan Kaabah, Kemaafan Terindah dan banyak lagi.

9. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Rayyan dan Danish, Balistik, Abang Long Fadil dan Banglo Berkunci.

      

Fakta Menarik

  • Menggemari karya filem The Godfather.
  • Mengagumi bakat lakonan Leonardo DiCarpio khususnya dalam filem fenomena, Titanic.
  • Menjadikan Celine Dion sebagai penghibur pujaannya.
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @firdausghufran sehingga kini sudah mencatatkan lebih 180,000 pengikut.

    

Foto

firdaus ghufran wikipedia

firdaus ghufran drama pesan pada hati

firdaus ghufran umur

adik firdaus ghufran

firdaus ghufran instagram

Kredit foto: Instagram Firdaus Ghufran

   

Sumber:

1. Banyak Fans Di Tanah Air, Jadi Alasan Firdaus Ghufran Asal Malaysia Ingin Kembangkan Karier di Indonesia

2. Wikipedia Slot Lestary

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)