Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

Biodata

1. Nama penuhnya, Hairul Azreen bin Idris. Popular sebagai Hairul Azreen.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 April 1988.

3. Berketinggian 1.78 meter.

4. Anak kepada pasangan Idris Ali (bapa) dan Habsah Desa (ibu).

5. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Bergiat sebagai pelakon dan pelagak ngeri.

9. Pernah menjuarai rancangan realiti, Fear Factor Malaysia musim pertama bersama rakan sepasukan, aktor Dazrin Kamarudin.

10. Menduduki tangga ketiga Pencarian Kacak Bergaya 2008.

11. Membintangi filem Senario The Movie Ops Pocot, Keramat, Hantu Kapcai, Gila-Gila Remaja 2, Pak Pong, Pencuri Hati Mr. Cinderella, Qhaliq, PASKAL, Operasi X dan Polis EVO 2. Akan datang, filem Wira dan Impak Maksima 2 yang dalam proses pembikinan.

12. Pembabitannya dalam drama, antaranya menerusi Rona Roni Makaroni, Bio-Nik, Merah Puteh, Ponti Anak Remaja, Dingin Lavenda, Asmara 2, Indera Joned, Setia Hujung Nyawa, 5 Bujang, Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Dia Semanis Honey dan Pelangi Cinta.

13. Juga telefilem Siti Tivi, Fotokopi, 7 Dulang Asam Pedas, Untuk Terakhir Kali, Banglo Seksyen 2, Awang Senandung, Aku Bukan Buaya, Penunggu Bayang, Diari Dewi, Ibu Mummy Mama, Dalam Pelukan Ramadhan, Jangan Ambil Botol Itu, Lara Cinta Qaseh dan banyak lagi.

14. Pernah muncul dalam video muzik Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif pada 2011.

15. Dikaitkan bercinta dengan pelakon Faralyna Idris sekitar 2011 sebelum hubungan itu terputus pada Februari 2013.

16. Mengakhiri zaman solonya dengan Hanis Zalikha yang juga seorang pelakon, pengacara dan blogger pada 8 Jun 2015. Perkahwinan mereka kemudiannya diserikan kehadiran cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon hairul azreen 2

biodata dan latar belakang pelakon hairul azreen 3

biodata dan latar belakang pelakon hairul azreen 4

biodata dan latar belakang pelakon hairul azreen 5

biodata dan latar belakang pelakon hairul azreen 6

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)