Oleh pada 27 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Azrel Ismail

    

Korban Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Mohd Fazli Yahya.

Siri adaptasi novel Korban Kasih dan Korban Kasih 2 karya Fatimah Saidin ini memulakan siaran perdana di Slot Widuri TV1 pada 24 April 2020.

    

novel korban kasih

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

     

Sinopsis

Kisah perselisihan dan pilih kasih yang berlaku dalam sebuah keluarga.

Jalil (Saharul Ridzwan) mendapat kasih sayang daripada keluarganya, namun tidak daripada ibunya, Norizah (Dynas Mokhtar).

Norizah melayan Jalil bak orang asing, berbanding adik-beradik yang lain.

Namun Jalil tetap berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah (Zara Zya) dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).

Mereka akhirnya meningkat dewasa dan membina kehidupan masing-masing dengan dugaan dalam kehidupan yang berbeza, keluarga yang berbeza dan masalah yang lebih besar.

Ketika inilah mereka menghadapi realiti kehidupan dan berdepan segala implikasi atas segala perbuatan lampau.

     

drama korban kasih 274

     

Pelakon

Menggandingkan Saharul Ridzwan, Zara Zya, Azrel Ismail, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Ezzaty Abdullah dan Hasnul Rahmat.

Turut dijayakan Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Sam Suhaid, Sheila Mambo dan Ahmad Tarmimi Siregar.

     

Baca: Biodata Pelakon Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Pelakon Zara Zya

Baca: Biodata Pelakon Azrel Ismail

Baca: Biodata Pelakon Ummi Nazeera

Baca: Biodata Pelakon Ezzaty Abdullah

Baca: Biodata Pelakon Nadiyah Shahab

Baca: Biodata Pelakon Riz Amin

    

korban kasih episod 227

Kredit foto: Instagram Azrel Ismail

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dan arahan Mohd Fazli Yahya yang juga pengarah drama Dia Menantu Rahsia, Jangan Benci Cintaku, Akulah Balqis dan Cinta Koko Coklat.

     

Kredit video: OST Korban Kasih | Sampai Syurga - EZAD LAZIM & IDAYU | Official Lyric Video

     

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Sampai Syurga

Penyanyi: Ezad Lazim & Idayu

Komposer: Ayden Ali, Mas Dewangga & Firdaus Rahmat

Lirik: Arisz Ab Rahman, Eddie Hamid & D' Hasniza

    

pelakon korban kasih

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

     

Waktu Siaran

Tayangan 30 episod, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di slot Widuri TV1, mulai 24 April 2020.

     

Kredit video: Korban Kasih Episod 1

     

Sumber:

1. Novel Korban Kasih 1

2. Novel Korban Kasih 2

3. Wikipedia Korban Kasih

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)