Oleh pada 07 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

     

Adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan karya Umir Nadzimah, drama dengan judul sama ini merupakan siri televisyen Malaysia 2018 arahan Rashid Sibir, lakonan Mira Filzah, Remy Ishak, Isyariana Che Azmi, Uyaina Arshad, Harris Annuar dan ramai lagi.

Siaran ulangan Lelaki Kiriman Tuhan ditayangkan mulai 7 April 2020 di saluran Astro Prima menerusi slot Tiara.

     

drama lelaki kiriman tuhan

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Sinopsis

Naira (Mira Filzah), seorang gadis yang garang dan berwajah masam serta sukar mempercayai insan bernama lelaki.

Semua jejaka yang mendekatinya akhirnya melangkah pergi angkara sikapnya, apatah lagi apabila mendapat tahu dia banyak menanggung beban hutang keluarga!

Lantas sudahnya muncul lelaki berperangai hantu bernama Iqbal Raid (Remy Ishak) yang rela menawan hati wanita ego dan sombong itu.

Pelbagai cubaan Raid untuk mendapatkan Naira hingga sanggup hidup susah bersama, serta nekad tidak meninggalkannya sebagaimana lelaki-lelaki lain.

Tanpa diduga mula timbul rasa sayang dan rindu di hati Naira, sebelum hubungan itu dibawa ke jinjang pelamin, meskipun dibantah abang kandungnya, Mirza (Talha Harith).

Namun bahagia tidak berpanjangan apabila satu demi satu rahsia Raid sampai ke pengetahuan Naira. Adakah Naira akan kekal mencintai lelaki yang pernah disayanginya itu? Dapatkah Naira menerima siapa suaminya?

    

lelaki kiriman tuhan episod

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Pelakon

Diterajui Remy Ishak dan Mira Filzah, dengan dibantu barisan para pelakon seperti Isyariana Che Azmi, Uyaina Arshad, Harris Annuar, Rozita Che Wan, PU Rizz , Talha Harith, Maria Farida, PU Azman, Kartina Aziz, Jasmin Hamid, Jalaluddin Hassan, Norlia Ghani, Hairi Safwan dan Jesse Lim.

   

Baca: Biodata Pelakon Mira Filzah

Baca: Biodata Pelakon Remy Ishak

Baca: Biodata Pelakon Isyariana Che Azmi

Baca: Biodata Pelakon Uyaina Arshad

Baca: Biodata Pelakon Harris Annuar

Baca: Biodata Pelakon Rozita Che Wan

Baca: Biodata Pelakon PU Rizz

Baca: Biodata Pelakon Talha Harith

Baca: Biodata Pelakon PU Azman

    

lelaki kiriman tuhan

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Zeel Production dan di bawah arahan sutradara Rashid Sibir.

Antara lain, Rashid Sibir pernah dikenali menerusi arahannya dalam drama Rindu Yang Terlarang, Jujurlah Nikahi Aku, Dalam Hati Ada Cinta dan Pondok Buruk.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Kisah Ku Inginkan (Lyric Video) ft. Judika

    

Tajuk: Kisah Ku Inginkan

Penyanyi: Dato' Sri Siti Nurhaliza ft. Judika

Komposer: Ivan Lahardika

Lirik: Ivan Lahardika

   

novel lelaki kiriman tuhan 609

     

Waktu Siaran

Menemui penonton selama 18 episod, mulai 7 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima.

    

Kredit video: Lelaki Kiriman Tuhan Episod 1

    

Sumber:

1. Novel Lelaki Kiriman Tuhan

2. Wikipedia Lelaki Kiriman Tuhan

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)