Kredit foto: Instagram @izzueislam

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Muhammad Izzul Islam bin Mazlan.

2. Lahir pada 2 Jun 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Kini berusia 29 tahun.

3. Berketinggian 1.75 meter.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

7. Memperjuangkan muzik pop.

8. Single yang pernah dirakamkannya ialah Bimbang, Sahabat, Muzik Tiduranku, Salamun Alaika (duet bersama Saujana dan NowSeeHeart) dan Kau.

9. Menganggotai kumpulan Forteen dari tahun 2011 hingga 2018.

10. Juga bergiat dalam lakonan dan modeling.

11. Antara filem dibintanginya seperti Khurafat: Perjanjian Syaitan, Songlap, 29 Februari, Ular, Aliff Dalam 7 Dimensi, XX Ray 3 dan Bella & Jamie.

12. Pembabitan dalam drama, antaranya menerusi Pintu Taubat, Gemilang, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Suami Sebelah Rumah, Dia Semanis Honey, Patahnya Sebelah Sayap, Kisah Yang Hilang, Tok Adi, Jangan Benci Cintaku dan Curi-Curi Cinta.

13. Juga telefilem Si Tudung Tweet, Azam Ala Kazam, Cik Paris Diva Kampung, Oh My Ganu, Kerana Seorang Ammar, Tingkat Atas Tingkat Bawah, Hantu Langsir, Imam Kacak Pakwe Kami, Hujan Panas Di Inderasabah, Jongkong, Pengemis Itu Saudaraku, Selirat, Matilahnak, Kampung Batu 120 dan banyak lagi.

14. Pemegang trofi Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25, kategori Hero Baru Terhebat menerusi filem Hantu Kapcai di Anugerah Blokbuster ke-2, Barisan Pelakon Pilihan menerusi drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama dan Antagonis Pilihan menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4.  

15. Pada 2 Jun 2013, beliau bersama pengurusnya, Awin Nurin disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Foto

biodata izzue islam pelakon drama curi curi cinta 2

biodata izzue islam pelakon drama curi curi cinta 3

biodata izzue islam pelakon drama curi curi cinta 4

biodata izzue islam pelakon drama curi curi cinta 5

biodata izzue islam pelakon drama curi curi cinta 6

Kredit foto: Instagram @izzueislam

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)