Oleh pada 24 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Saksikan Kisah Cinta Rumi, sebuah drama terbaharu di Slot Lestary TV3 yang bakal ke udara mulai 24 April.

Siri televisyen Malaysia 2021 ini menampilkan lakonan Khai Bahar, Riena Diana, Hariz Hamdan, Sharifah Rose dan ramai lagi.

    

kisah cinta rumi pelakon

Kredit foto: Instagram Riena Diana

  

Sinopsis

Kisah perhubungan cinta sepasang kekasih, Mika (Khai Bahar) dan Runisa (Riena Diana) yang penuh dengan liku dan dugaan.

Mereka datang daripada kelas dan darjat yang berbeza.

Mika, anak Mahmud (Khairil Anwar Aman), seorang pemandu teksi yang sering berjudi hingga mengakibatkan keluarganya diburu 'ah long'.

Semenjak kecil, Mika diajar Mahmud untuk melakukan apa sahaja asalkan beroleh duit. 

Malah, Mika membesar sebagai budak nakal yang sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan jalanan yang lain.

Kerana ingin menyara kehidupan keluarga termasuk melangsaikan hutang bapanya, Mika yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, telah melakukan aktiviti meragut.

Dia kemudiannya bertemu Runisa, anak keluarga berada berusia 23 tahun yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang lukisan. Runisa bagaimanapun tidak berhasrat untuk menyambung perjuangan keluarganya dalam menguruskan syarikat milik arwah bapanya.

Runisa sering bertelagah dengan ibu dan kakaknya yang terlalu mementingkan soal status dan kedudukan.

Malah ibunya juga tidak menyenangi perhubungan antara Runisa dan Mika, lantas mencuba pelbagai cara untuk memisahkan mereka.

   

kisah cinta rumi sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Pelakon

Watak utama dijayakan pelakon Khai Bahar dan Riena Diana.

Turut dibantu Sharifah Rose, Hariz Hamdan (Hero Remaja 2020), Alif Muhaimin (Hero Remaja 2017), Cahaya Nilam, Alif Hadi, Izzendra DFKL, Fadlan Hazim, Dynas Mokhtar, Gen Darwish, Noniswara, Khairil Anwar Aman, Louisa Alissa Chong, Khaty Azian, Zuhairi Ibrahim dan Lan Zailan.

  

Baca: Biodata Khai Bahar

Baca: Biodata Riena Diana

Baca: Biodata Sharifah Rose

Baca: Biodata Hariz Hamdan

Baca: Biodata Alif Muhaimin

Baca: Biodata Alif Hadi

Baca: Biodata Fadlan Hazim

  

kisah cinta rumi episod

Kredit foto: Instagram Hariz Hamdan

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya arahan sutradara Idora Abdul Rahman, terbitan produksi Creative Skill Solution.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khai Bahar - Hilang Gelita | Official Music Video (OST Kisah Cinta Rumi)

  

Tajuk: Hilang Gelita

Penyanyi: Khai Bahar

Komposer: Khai Bahar

Penulis lirik: Rozisangdewi

  

kisah cinta rumi novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Waktu Siaran

Tayangan bermula 24 April 2021 untuk siaran selama 13 episod, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary, saluran TV3.

Juga boleh tonton di laman sesawang dan aplikasi WeTV sejam selepas siaran di kaca TV.

    

pelakon kisah cinta rumi

sinopsis kisah cinta rumi

episod kisah cinta rumi

Kredit foto: Twitter Creative Skill Solution, Instagram Khai Bahar & Riena Diana

               

Kredit video: Di Sebalik Tabir Kisah Cinta Rumi

     

Kredit video: Kisah Cinta Rumi (Khai Bahar, Riena Diana) | Salam Sayang Ramadan (2021)

  

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)