Oleh pada 24 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'Hatimu Sedingin Salju' merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) lakonan oleh Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Hafeez Mikail.

Menemui penonton slot Akasia TV3 mulai 24 Jun 2021.

sinopsis hatimu sedingin salju

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Sinopsis

Arman (Hisham Hamid) sanggup membuang rasa cintanya terhadap Rania (Aprena Menrose) selepas menyedari sahabat baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) turut menyimpan perasaan terhadap wanita itu.

Selepas Rania dan Haikal bertunang, Arman menyibukkan diri dengan kerjayanya sebagai pengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal (Mustafa Kamal).

Menyedari usia Arman yang sudah mencapai 33 tahun, Datuk Jamal dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) menyimpan hasrat untuk melihat anak bujang mereka itu segera mendirikan rumah tangga.

Lantas, Datuk Jamal, Datin Mimi dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mencipta satu ‘plan’ demi menemukan Arman dengan bakal isterinya.

Bagi melaksanakan 'plan' tersebut, Nabil telah mengajak Arman bercuti di Pulau Langkawi yang seterusnya telah menemukan semula Arman dengan kekasih lamanya, Rania.

Apa yang tidak dijangka apabila Nabil juga turut sama menaruh hati pada Rania!

Adakah Arman akan mengorbankan rasa cintanya sekali lagi?

drama hatimu sedingin salju

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pelakon / Cast

Dibintangi Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Hafeez Mikail.

Turut sama, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Scha Elinnea, Malek Mccrone, Idzham Ismail, Ziema Din, Hilman Alef, Zila Bakarin, Maria Farida, Aleza Shadan, Acong SweetChild, Mustapha Kamal, Khaty Azian dan Rahim Jailani.

Baca: Biodata Hisyam Hamid

Baca: Biodata Aprena Manrose

Baca: Biodata Hafeez Mikail

Baca: Biodata Bella Dowanna

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Baca: Biodata Scha Elinnea

Baca: Biodata Malek Mccrone

Baca: Biodata Idzham Ismail

novel hatimu sedingin salju

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah siri produksi Orangetree Production dengan menggunakan khidmat arahan sutradara Bahri Uma.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Hatimu Sedingin Salju) Sarah Suhairi - Andaikan

Tajuk: Andaikan

Penyanyi: Sarah Suhairi

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Shah Shamshiri

hatimu sedingin salju episod

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Waktu Siaran

Tayangan 28 episod mulai 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran TV3.

Juga boleh ditonton secara strim di aplikasi iQiyi Malaysia.

Kredit video: Hatimu Sedingin Salju | Official Trailer | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Drama Sangat

2. iQiyi Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)