Oleh pada 26 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Anak Sena merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) dengan penampilan barisan para pelakon terkenal seperti Ben Amir, Hadi Putra, Shasha Abedul dan Ruzaidi Abdul Rahman.

Episod 1 bakal menemui penonton pada 26 Ogos 2021 di slot Lestary TV3 bagi menggantikan siri Hello Jangan Tapau Cintaku.

drama anak sena

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kisah penuh inspirasi ini menceritakan tentang kehidupan Wadi (Hadi Putra), anak orang asli di pedalaman hutan yang dibesarkan dalam kehidupan serba kekurangan oleh bapanya, Sena (Ruzaidi Abdul Rahman).

Namun Sena yang juga seorang tok batin berketurunan orang asli Bateq, tetap mengutamakan pelajaran anaknya dan sanggup berkorban memandu bot setiap pagi bagi menumpangkan Wadi dan anak-anak murid dari kampungnya untuk meredah sungai hulu tembeling ke sekolah.

Lumrah bagi mereka untuk tiba lewat di sekolah kerana perjalanan meredah hutan dan menaiki bot yang mengambil masa.

Tidak mengabaikan 'ilmu hutan' yang mahu diseimbangkannya dengan 'ilmu sekolah', Sena membawa Wadi memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu dan rotan di hutan, sebaik sahaja Wadi tamat waktu persekolahan.

Namun kehadiran guru baru, Cikgu Amir (Ben Amir) yang sedang menyesuaikan diri di sekolah pedalaman itu, mencetuskan konflik apabila dia tanpa sengaja telah memarahi Wadi yang dianggap berperangai sambil lewa di dalam kelas.

Peristiwa itu membuatkan Wadi merajuk dan tawar hati untuk ke sekolah, hingga sanggup berbohong kepada bapanya.

Wadi melarikan diri ke kota dengan menumpang sebuah lori, namun nasibnya bertambah buruk apabila diculik dan dikerah untuk menjadi peminta sedekah di bandar.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terlerai Noktah (Slot Samarinda TV3)

sinopsis anak sena

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Lakonan mantap para pelakon hebat seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Shasha Abedul, Sera Melissa, Danish Zamri, Azwan Ali, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Lan Siro, Norshahira Malik, Danish Iskandar, Habeeb Rasely, Akmal Ahmad dan Bazruzainizam.

Baca: Biodata Ben Amir

Baca: Biodata Shasha Abedul

Baca: Biodata Lan Siro

Watak Pelakon

Ben Amir sebagai Cikgu Amir

Hadi Putra sebagai Wadi

Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena

Shasha Abedul sebagai Fatin

Farah Ahmad sebagai Kiambang

Nadia Aqilah sebagai Kuntum

Lan Siro sebagai Jati

Norshahira Malik sebagai Amira

Danish Iskandar sebagai Karim

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malaysian Ghost Stories (Astro Ria)

pelakon anak sena

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan produksi Kembara Sufi Production ini mendapat sentuhan daripada pengarah Bahri Uma, manakala MF Kencana pula bertindak sebagai penulis skrip.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Drama Anak Sena) Danial Chuer - Bukan Aku [Official Music Video]

    

Tajuk : Bukan Aku

Penyanyi : Danial Chuer

Komposer : Amsyar Razqa, Marzuq

Penulis lirik : Amsyar Razqa, Amzar Razqa, Farid Pedang

   

Kredit video: (OST ANAK SENA) Lakaa Idris - Teguh Mimpi (Official Video)

Tajuk : Teguh Mimpi

Penyanyi : Lakaa Idris

Komposer : Amylea

Penulis lirik : Amylea

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawa (Slot Megadrama Astro)

anak sena episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Tayangan perdana pada 26 Ogos 2021, siri slot Lestary saluran TV3 ini bakal menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam selama 8 episod.

Juga terdapat di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Lestary: Anak Sena | Mulai 26 Ogos, Setiap Rabu - Sabtu, 9 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Anak Sena ditayangkan mulai 26 Ogos di slot Lestary TV3

2. Tonjol Kisah Masyarakat Orang Asli, Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)